Dengan kemenangan tipis 1-0 keatas PDRM dalam aksi liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV cukup menggembirakan K.Devan.
Pujian diberikan oleh K.Devan terhadap anak-anak buahnya itu. Beliau menyifatkan peningkatan oleh pemain Kelantan berbanding aksi yang ditunjukan semasa menentang Perak dengan keputusan 0-0.
Kemenangan itu menjadi tonik menyuntik semangat seluruh pasukan untuk terus mengharungi saingan Liga Super yang masih panjang menjelang saingan Piala FA menentang UKM FC sabtu ini dalam perlawanan kalah mati.
Bagaimana pun jentera serangan masih tumpul dan perlu diperbaiki dengan segera. Kelantan terpaksa berhempas pulas dan menunggu hingga minit ke-65 bagi memperolehi gol jaringan pertama menerusi Dramane Traore.
Dengan kehadiran semula ketua pasukan Mohd. Badli Radzi turut membantu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW), meraih kemenangan malam itu.
No comments:
Post a Comment