Pasukan Astana Akan Beri Cabaran
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-21 yang bermula hari ini menjanjikan persaingan sengit oleh 22 pasukan yang mengambil bahagian.
Tumpuan adalah kepada Astana Pro Team apabila pasukan gergasi yang sudah banyak mencipta nama hadir dengan misi meraih kejuaraan individu keseluruhan menerusi Miguel Angel lopez dan Andrea Guardini.
Perlumbaan yang memang amat dinanti-nantikan dan keutamaan adalah peringkat keempat ipoh ke Tanah Rata, Genting Highlands. Rakan sepasukan akan memberi saingan dan berusaha keras. Tapi pada tiga peringkat awal fokus diperlukan agar jurang masa tidak jauh dan ketara untuk Guardini, ujar Lopez.
Pelumba-pelumba yang dijangka menjadi penghalang untuk Astana Pro Team meraih kejuaraan adalah pelumba yang pernah menafikan jersi Raja Pecut dimiliki Guardini iaitu Jakub Mareczko (Southeast) dan Matthew Goss (One Pro Cycling).
Tumpuan peminat dalam negara pastinya terarah kepada tiga pasukan iaitu Terengganu Cycling Team, skuad kebangsaan dan NSC-Mycron.
Edisi perlumbaan yang ke-21 LTdL kali ini membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,100 kilometer...
Jangan lupa jom ramai-ramai kita saksikan perlumbaan Basikal yang berprestij ini.
No comments:
Post a Comment