})();

nuffnang

22 February 2016

Pengadil Kayu

Pengadil Kayu dan Pengadil Buta

Situasi di Stadium Bandaraya menjadi tegang apabila penyokong Skuad Harimau Kumbang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan melontar objek ke dalam padang ketika aksi Pulau Pinang menentang Kuantan FA selasa lepas.

Pengadil Kayu dan Buta itulah jeritan kedengaran seawal minit ke-10 separuh masa pertama apabila pengadil Ahmad Tajudin Mohd Yusof didakwa penyokong Pulau Pinang gagal mengadili dengan baik.

Beberapa botol minuman air mineral dilontar ke dalam padang selain sorakkan dan serta ejekan kepada pemain Kuantan FA yang didakwa berlakon mengalami kecederaan dan sengaja melengah-lengahkan masa. Keadaan menjadi lebih teruk apabila pertikaian demi pertikaian berlaku antara kedua-dua pemain termasuk jurulatih sehingga merencatkan perlawanan.

Keadaan terkawal dengan adanya Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) apabila mereka terpaksa masuk ke balapan bagi menenangkan penonton.