})();

nuffnang

09 February 2016

Senarai Pemain Perak Musim 2016 Liga Super

Perak FA yang bakal beraksi di Liga Super Malaysia 2016 telah mempersiapkan pasukan dengan mengikat dan menyambung kontrak pemain pada 3 Disember 2015. Perak FA dengan gelaran "The Bos Gaurus" dan slogan kegemaran penyokong iaitu "Kejor Yeop Kejor" akan beraksi di Stadium Ipoh Perak yang berkapasiti 42,500 orang. Senarai Pemain Perak 2016 Liga Super masih belum dimuktamadkan lagi dengan terdapat kekosongan 2 quota pemain tempatan dan 3 pemain import yang masih boleh diisi.

Persiapan mereka kali ini sungguh lancar dengan 2 pemain utama mereka yang dikaitkan dengan pasukan lain dalam musim perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 iaitu kapten, Nasir Basharudin dan pemain sayap, Nurridzuan Abu Hassan telah bersetuju untuk bersama Perak FA untuk musim 2016 Liga Malaysia. Visi Perak FA adalah untuk menjulang Liga Super dalam masa 3 tahun.

Berikut adalah senarai pemain Perak 2016 Liga Super Malaysia yang dikongsikan dari FB Perak The Bos Gaurus dan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Ken Worden telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal PAFA berkuatkuasa dari 1 Disember 2015.  

Senarai Pemain Perak 2016 Liga Super

1. Muhammad Syazani Mat Puat

2. Mohd Zamir Selamat

3. Mohd Hafizul Hakim Khirul Nizam

4. Mohd Rafiq Faeez Mohd Fuad

5. Muhd Arif Ismail

6. Mohd Syazwan Mohd Roslan

7. Nazirul Naim Che Hashim

8. Thiago Junior Aquino

9. Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari

10. Amirul Azahan Aznan

11. Mohd Nasir Basharuddin (Kapten)

12. Mohamad Hafiz Ramdan

13. Muhammad Ridzuan Azly Hussham

14. Ahmad Sukri Abdul Hamid

15. Nurridzuan Abu Hassan

16. Mohd Nor Hakim Isa

17. Mohd Fikri Sudin

18. Mohd Raffi Nagoorgani

19. Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri

20. Muhammad Firdaus Saiyadi

21. Kenny Pallraj

22. Khairul Ashraf Sahizah

23. Vokhid Shodiev (Bunyodkor - Uzbekistan)

No comments:

Post a Comment