})();

nuffnang

20 February 2016

FA Cup Superbest Power- Pulau Pinang 20hb Feb 2016

Malam ini Harimau Kumbang vs Kuantan FA

Keajaiban Faiz Subri masih lagi diperkatakan diseluruh dunia dan di Malaysia. Seluruh warga Pulau Pinang secara tiba-tiba menjadi terkenal dengan jaringan gol Ajaib oleh Faiz Subri.

Malam nanti Pulau Pinang akan bertemu Kuantan FA dalam saingan kalah mati. Sudah pastinya seluruh peminant Pulau Pinang akan menantikan perlawanan ini yang dijangkakan hebat dan rakyat Malaysia juga amat menantikanya.

Walaupun dijangka tiada siaran langsung oleh mana-mana siaran tv tetapi ianya tidak mematahkan semangat juang anak buah Mamu Jacko aka Jacksen Tiago yang telah membuka satu era baru bolasepak Pulau Pinang dan Malaysia khasnya dari kesuraman di mata dunia.

Malam nanti dijangkakan Stadium Keramat, Stadium Bandaraya akan penuh dengan penonton yang berkapasiti 15,000 orang boleh dimuatkan. Harga tiket grandstand RM30 dan Teres RM15 tidak menjadi penghalang kepada peminat untuk hadir ke stadium.

Ketua Jurulatih, Jacksen Tiago menjanjikan saingan hebat malam nanti walaupun Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang " target" untuk memenangi FA Cup. Namun Pulau Pinang akan tetap memberi saingan yang hebat malam nanti. Kekalahan Sabah 1-4 kepada Kuantan FA tidak memberi sebarang imlak kepada P.Pinang kerana Pulau Pinang pernah bertemu mereka semasa saingan Liga Perdana tahun 2015.

Walaupun Kuantan FA berada dalam Liga Perdana namun kami tidak pernah memandang rendah kepada kemampuan mereka ujar Coach Jacksen. Lawan tetap lawan dan kalau ada rezeki kami menang namun untuk menyerah tidak sama sekali. Dengan kehadiran ribuan penyokong, kami amat yakin kami mampu memberi saingan dan menewaskan mereka malam nanti.....

No comments:

Post a Comment