})();

nuffnang

10 February 2016

Dua Failee ...Pulau Pinang Enggan Mengalah

Adik beradik Failee dan Faizat Ghazli enggan beri muka sesama sendiri sekaligus tekad bersaing merebut tempat untuk membantu skuad Pulau Pinang mengharungi aksi cemerlang musim ini.
Failee selaku pemain senior skuad Harimau Kumbang berdepan persaingan merebut tempat dengan penyerang muda musim ini.

Selain Jafri Firdaus Chew dan S. Kumaahran, Failee turut dicabar oleh adiknya Faizat ketika kudrat penyerang import baharu Charles Chad Saouza pastinya ditagih untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Akui teruja dengan kehadiran Faizat, Failee tetap berikrar untuk membarisi kesebelasan utama skuad Pulau Pinang.

"Pertama kalinya kami bermain sekali dan saingan itu ternyata sihat.

Saya rasa mana-mana pemain muda lain yang diberikan peluang harus turun memberikan aksi terbaik," jelas Failee.

Begitupun, kelebihan tampak memihak Faizat berdasarkan pengalamannya beraksi di pentas antarabangsa bersama Harimau Muda.

Penyerang berusia 22 tahun ini turut menyuarakan hasrat sama walaupun mungkin memaksa abangnya Failee sekadar memanas badan di bangku pemain simpanan.

"Semestinya pengalaman bersama harimau muda memberikan kelebihan disamping mendapat tunjuk ajar dari abang saya sendiri," katanya.