})();

nuffnang

25 February 2016

TRW- Traore Perlu Lebih Masa

Piya Janji Akan Bantu Import Baru Dramane Traore


Mohd Badhri Radzi selaku ketua pasukan Kelantan menegaskan yang beliau dan rakan-rakan sepasukan akan sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada Dramane Traore yang merupakan penjaring terbanyak musim lalu.

Piya berkata, paling penting adalah menaruh kepercayaan  kepada penyerang dari Mali itu yang juga bekas penyerang Polis Diraja Malaysia ( The Corp ).

Traore menjaringkan gol tunggal Kelantan ketika menumpaskan PDRM 1-0 dalam saingan terakhir liga Super pada 16 Feb lalu.

Berkaitan perlawanan dengan Sarawak Jumaat nanti di Stadium Sultan Muhammad lV, Piya berkata Kelantan tidak akan mengambil mudah kemampuan dan kehebatan Skuad Bujang Senang itu, walaupun Sarawak dilihat masih belum menemui rentak sepanjang 2 perlawanan lepas.

Namun kelebihan beraksi digelanggang sendiri perlu dimanafaatkan tanpa melakukan kesalahan.

No comments:

Post a Comment