})();

nuffnang

19 February 2016

Idaman Faiz Subri Sarung Jersi Harimau Malaysia

Pemain gelaran sepakan ajaib, Mohd Faiz Subri kini menjadi perhatian seluruh dunia bercita-cita untuk menyarung Jersi Harimau Malaysia.

Pemain tengah skuad Harimau Kumbang berusia 29 tahun itu berkata, sebelum ini dia pernah dipanggil oleh kem Negara namun digugurkan pada saat-saat akhir tetapi beliau tidak pernah kecewa dan tidak patah semangat.

Kehebatan jaringan Faiz Subri yang mendapat perhatian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menghadiahkan RM10,000 kepadanya semalam.

Sementara itu, AFP melapurkan jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee amat memuji apa yg dihasratkan Faiz sambil menyatakan sepakan itu menjadi tonik ajaib dan akan meningkatkan bolasepak negara yang sedang mengalami zaman suram dan kelam.

Malaysia kini berada di rangking ke-171 dunia dalam FIFA. Kedudukan terbaik Malaysia pada tahun 1993 dirangking ke-79.