})();

nuffnang

18 February 2016

Jersi Tiruan Pasukan Kedah Dirampas

Sebanyak 65 helai Jersi bolasepak Kedah jenama Warrix yang bernilai RM1,700 telah dirampas oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) dalam serbuan di perkarangan Stadium Darul Aman, semalam.

Operasi kira-kira jam 2 petang itu, 30 penguatkuasa PPDNKK membuat serbuan selepas menerima aduan penjualan jersi tiruan dari Syarikat pengeluar jenama Warrix tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 5 gerai yang menjual jenama jersi tiruan itu.
Sehubungan itu, sebanyak 65 helai  jersi dengan anggaran kos RM1,700 dirampas.

Seramai 5 peniaga yang berusia dalam lingkungan usia 30-an ditahan untuk mengambil keterangan berhubung penjualan jersi yang disyaki palsu itu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM10,000 bagi setiap helai pakaian dan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi orang perseorangan.

" Bagi syarikat pula, hukumannya adalah denda RM15,000 bagi setiap helai pakaian, jika sabit kesalahan", ujar Shahrudin.

Perkara ini amat di pandang serius kerana melibatkan pelabur luar, kita juga akan bekerjasama dengan pihak kastam bagi membanteras aktiviti menjual jersi tiruan ini.