})();

nuffnang

21 February 2016

Di Balik Tirai Bola Sepak Inggeris

Dari Belakang Gol

Liverpool

Mario Balotelli berkemungkinan besar berpindah ke kelab Liga Super China dan beberapa kelab di negara berkenaan dikatakan berminat untuk membeli penyerang berusia 25 tahun yang sedang dipinjamkan ke AC Milan itu.

Chelsea

Pengurus sementara Guus Hiddink sudah berbincang dengan Eden Hazard berhubung masa depan pemain berusia 25 tahun itu dan yakin bintang antarabangsa Belgium itu tidak akan berpindah.

Manchester City

Pemain tengah juventus Paul Pogba, 22 mengaku dia gembira jika dapat bekerjasama dengan pengurus baru Pep Guardiola musim depan.

Sunderland

Harapan Sunderland untuk membuat bidaan ke atas penyerang Fiorentina Khouma Babacar, 22, bulan lalu gagal, kata ejen pemain itu.

Manchester United

Pengurus Louis Van Gaal dikatakan susah tidak lagi mendapat sokongan beberapa pemain senior dan rata-rata mereka mengharapkan bekas pengendali Chelsea Jose Mourinho mampu membawa perubahan.

Aston Villa

Beberapa pegawai kanan di Aston Villa terpaksa menggunakan khidmat pengawal peribadi manakala pemain dilarang meninggalkan stadium sekurang-kurangnya sejam selepas perlawanan atas alasan keselamatan gara-gara prestasi merudum pasukan itu.

Tottenham Hotspur

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino memberi amaran kepada pemain Dele Alli supaya lebih bijak dan mengawal kemarahanya dan mengaku pemain berusia 19 tahun itu agak nakal.

Manchester United

Naib Pengerusi Eksekutif kelab Old Trafford Ed Woodward dipercayai sudah menghubungi ejen Jose Mourinho untuk bertanyakan sama ada bekas pengendali Chelsea itu berminat untuk mengendalikan Manchester United sebelum hujung musim ini.

Arsenal

Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal diberitahu bahawa mereka tidak akan berpeluang untuk mendapatkan penyerang Napoli Gonzalo Higuain,28, musim panas nanti.

No comments:

Post a Comment