})();

nuffnang

24 February 2016

3 Mata Berharga Buat Red Giants

Tahniah Selangor aka The Red Giants

Tuah Selangor yang dinobatkan selaku Naib Juara Liga Super 2016 telah melayakan The Red Giants untuk ke pentas Piala AFC.

Meski pun baru kembalib ke pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia ( AFC ) setelah terlepas saingan musim lalu, Selangor berjaya dengan aksi cukup memikat tampil dengan mengikat Ceres 2-2 ditempat lawan, Filipina.

Berada dalam kumpulan E, perlawanan berlangsung di Stadium Panaad menyaksikan juara Piala Malaysia 33 kali itu ketinggalan pada minitb ke-18 menerusi jaringan Stephan Schrock apabila bertindak merembak deras menewaskan penjaga gol Selangor, Nor azlan Razali.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan bangkit mengatur semula gerakan dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang pada minit ke-16 hasil jaringan pemain import dari Argentina, Mauro Olivi.

Mohd Hafiz Kamal berjaya menjaringkan gol kedua dan meletakkan Selangor dihadapan, namun penyerang berbisa Ceres, Gallardo meranapkan impian Selangor apabila berjaya menanduk masuk gol penyamaan.

No comments:

Post a Comment