})();

nuffnang

14 February 2016

Manchester United DiAibkan di Laman Sendiri

Jaringan sendiri De Gea meranapkan impian.....

Jaringan sendiri David de Gea pada minit ke-82 menyaksikan Sunderland mencatat kemenangan 2-1 ke atas Manchester United sekaligus menjejaskan harapan mereka memburu tempat di saingan Liga Juara Juara malam tadi.

Keputusan itu mengangkat Sunderland ke tangga 18 carta liga namun mereka masih berada dalam zon penyingkiran, walaupun begitu mereka ketinggalan satu mata bagi berada di zon selesa.

MU merasai kekalahan pertama liga mereka dengan Wearside itu selepas 19 tahun dan muncul pasukan utama pertama yang kalah dengan Sunderland dalam 14 percubaan musim ini.

Sementara itu, kapten United, Wayne Rooney berkata, pasukannya tidak terlalu berusaha untuk memenangi perlawanan dan kini jelas bergelut bagi melayakkan diri ke Liga Juara Juara musim depan. Kami tidak begitu agresif dan ia amat mengecewakan  , ujar Rooney...

No comments:

Post a Comment