Mengapa Chad Souza?
FA Penang
Segala teka-teki telah terjawab, khidmat Jose Tadeu yang ditamatkan lebih awal sebelum Liga Super bermula akan digantikan oleh Charles Souza Chad.
Sebagai seorang penyerang yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia, Chad pernah menyinar di PDRM pada 2014 dengan menjaringkan 23 gol dan bersama Perak musim lalu sebanyak 12 gol.
Pengurus Pulau Pinang, Mohd. Azizudin Mohd .Shariff berkata, mereka telah menawarkan kontrak kepada Chad yang masih berada di Brazil dan pemain berusia 34 tahun itu bersetuju dengan semua syarat dan terma yang ditetapkan.
Pemilihan Chad dibuat sepenuhnya oleh jurulatih, Jacksen F.Tiago tanpa ada penglibatan pihak lain dan dipersetujui oleh semua Exco Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).
“Ada sebab mengapa Chad yang jadi pilihan iaitu dia pernah terbukti menyerlah di Liga Malaysia selama dua musim, jadi kita tahu sejauh mana kemampuannya.
“Mungkin ada pihak mempertikai umurnya yang menjangkau 34 tahun tetapi dia masih ada keupayaan memainkan peranan selaku penyerang nombor 10 atau‘Target Man’ untuk pasukan.
Berdasarkan kelebihan fizikal dimiliki Chad, dia boleh membantu masalah ketumpulan serangan dan menggantikan kekosongan Jose Tadeu yang telah digugurkan.
Kita tidak mahu lagi mengambil risiko dengan dapatkan pemain yang tidak diketahui sejauh mana prestasinya,” katanya.
Chad yang berasal dari ibu negara Brazil, Rio Di Jeneiro akan tiba di Pulau Pinang dalam masa terdekat sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 14 Februari ini.
Dia pasti boleh membentuk gandingan ampuh bersama Faiz Subri, Jafri Chew, Failee Ghazli, Faizat Ghazli dan S.Kumaahran di barisan serangan Pulau Pinang.
Mengenai Jose Tadeu, FAP masih menunggu maklum balas daripada pemain berkenaan mengenai jumlah pampasan selepas kontraknya selama setahun ditamatkan.
Perbincangan sebanyak dua kali telah diadakan dengan Tadeu dan kami ada tawarkan sejumlah pampasan kepadanya.
“Cuma kami kini masih tidak tahu berapa jumlah muktamad dimahukan oleh Tadeu dan akan cuba muktamadkan perkara ini segera yang mungkin.”katanya.
Kredit Buletin FAP.
No comments:
Post a Comment