})();

nuffnang

22 February 2016

TRW - Salah Padang

Permukaan padang yang tidak rata merencatkan strategi awal dirancang Ketua jurulatih Kelantan, K.Devan untuk anak-anak buahnya mempamerkan aksi sebenar menentang UKM dalam saingan Piala FA selasa lepas.

Sebaik separuh masa pertama bermula, pemain cuba mempraktikan permainan seperti dirancang, namun bila bola dihantar mudah melantun maka beliau terpaksa menukar strategi lain kata Coach K.Devan.

Kelantan dikira pasukan bernasib baik kerana layak ke pusingan ke-3 saingan Piala FA bila menang tipis ke atas pasukan berstatus Kelab dari liga FAM, UKM di Stadium Sultan Muhammad ke lV, Kota Baru.