})();

nuffnang

25 February 2016

Arsenal Tumpas - ( Liga Juara-Juara )

Barcelona Benam Arsenal Di Emirates.

Serba tidak menjadi, itulah yang boleh dikatakan apabila Arsenal tumpas 0-2 kepada Barcelona .

Arsene Wenger menjadi berang dan menyifatkan kekalahan berlaku akibat pemain gagal mengikut arahanya dan bermain seperti yang dirancang, menyebabkan mereka tewas apabila Lionel Messi berjaya menjaringkan 2 gol di Stadium Emirates semalam.

Messi memastikan kemenangan milik mutlak Barcelona apabila berjaya menjaringkan gol pada baki perlawanan hanya 6 minit sahaja lagi. Menerusi sepakan penalti.

Sekali lagi kami ditewaskan seperti menentang Monaco pada musim lepas, cara yang sama kami ditewaskan, sikap sambil lewa pemain amat mengecewakan kerana peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja.


Pertahahanan Barcelona, Gerard Pique tidak akan beraksi dalam pertemuan kedua selepas dilayangkan kad kuning pada penghujung perlawanan..pemain itu dilihat berbincang dengan dengan jurulatih Luis Enrique di tepi padang, ini menimbulkan syak yang beliau sengaja ingin dikenakan penggantungan lebih awal agar dapat bermain pada suku akhir nanti.
Namun Enrique menafikannya, beliau berkata "Tidak, bukan sengaja. Jika anda melihat kekasaran yang dilakukannya, memang jelas dia sengaja melakukannya.

No comments:

Post a Comment