})();

nuffnang

23 February 2016

Jurulatih Pertama Direhatkan- Ahmad Yusof


Ahmad Yusof Jurulatih pertama " direhatkan". Akibat prestasi pasukan hambar Skuad Terengganu beliau merupakan jurulatih pertama direhatkan dalam siri Liga Super Musim 2016. 

Bekas pemain kebangsaan itu direhatkan daripada tugasnya sebanyak 3 perlawanan manakala Pengurus pasukan Marzuki Sulong pula meletakkan jawatan.

Terengganu kalah kepada PKNS 3-1 dalam saingan Piala FAM dan sepanjang tempoh itu Terengganu akan dibimbing sementara oleh jurulatih taktikal Mike Mulvey, menurut Persatuan Bolasepak Terengganu(PBSNT).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan prestasi yang diperlihat skuad Penyu dan Terengganu FC ll pada awal musim saingan Liga Super dan kandas dalam saingan Piala FA.