})();

nuffnang

29 February 2016

LTdL Guardini Lakar Sejarah

Guardini Muncul Pelumba Terbanyak Menangi LTdL

Andrea Guardini dari Astana Pro Team terus melakar sejarah tersendiri pada kejohanan Le Tour de Langkawi(LTdL) 2016.

Pelumba yang mendapat gelaran ' Mr Langkawi' itu mencatatkan kemenangan peringkat buat kali ke-20 pada saingan LTdL selepas memenangi saingan peringkat kelima sejauh 148.8 kilometer dari Tapah, Perak ke Dataran Merdeka semalam dengan cacatan masa tiga jam 18 minit, 50 saat.

Pelumba yang berusia 25 tahun dari Itali itu telah mencatatkan kemenangan peringkat ke-19 pada rabu lalu dari Kangar, Perlis ke Baling, Kedah.

Untuk rekod, Guardini telah memenangi lima perlumbaan peringkat dalam LTdL (2011), enam kali (2012), tiga kali (2014) dan empat kali tahun lepas.

Pelumba China, Wang Meiyin (Hengxiang Cycling Team) dan pelumba Malaysia, Muhamad Adiq Husainie Othman daripada Terengganu Cycling Team (TSG) mengekalkan jersei Polka Dot selaku Raja Bukit dan sebagai pelumba terbaik Asia.

Loh Sea Keong, pelumba veteran Malaysia mewakili skuad Kebangsaan Malaysia dinobatkan pelumba paling aggresif pada saingan peringkat kedua khamis lepas dan peringkat keempat kelmarin.

No comments:

Post a Comment