})();

nuffnang

21 February 2016

Piala FA Inggeris - Arsenal Gagal

Arsenal Gagal Bedil Hull Tajuk Berita Muka Belakang Sukan

Rekod tanpa kalah juara bertahan Arsenal pada saingan Piala FA kekal bertahan namun mereka dikecewakan pendahulu Liga Kejuaraan Hull City apabila sekadar seri tanpa jaringan malam tadi di Stadium Emirates.

Arsene Wenger selaku pengendali The Gunners cuba menghasilkan gol menerusi beberapa cubaan tetapi benteng pertahanan Hull yang kental gagal ditembusi meriam Arsenal.

Walaupun dilihat Arsenal lebih banyak menguasai permainan namun mereka masih buntu menghasilkan gol, peluang terbaik mereka adalah menerusi sepakan percuma Joel Campbell yang terkena tiang selepas selepas penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic berjaya menepis manakala cubaan Theo Walcott turut dinafikan oleh penjaga gol Hull.

Ketika Arsenal menumpukan kepada saingan kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona, rabu nanti.

The Gunners yang berjaya menundukkan Leicester City minggu lepas membuat sembilan perubahan sekaligus membolehkan mereka kini hanya tertinggal dua mata dibelakang pendahulu Liga Perdana itu.

Hull yang memburu tempat ke Liga Perdana musim depan pula membuat 10 perubahan keatas pasukan yang sekadar seri dengan Brighton dan Hove Albion minggu lalu.

Arsenal dan Hull akan berdepan perlawanan ulangan bagi menentukan pasukan mana yang lebih layak ke slot seterusnya.

No comments:

Post a Comment