Johor Darul Ta'zim Belasah Kelab Myanmar Aksi AFC
Kempen Piala AFC 2016 bermula dengan langkah kanan oleh JDT apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 di Stadium Tan Sri Hasaan Yunos, Larkin malam tadi. JDT yang berada dalam kumpulan H bertindak garang bila wisel sepak mula dibunyikan oleh pengadil, apabila Safiq Rahim mencipta hatrik untuk gol pertama Harimau Selatan itu.
Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas kelab wakil Myanmar itu selepas menumpaskan mereka dalam pusingan kedua musim lalu.
Penyerang yang baru dibawa masuk, Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila berjaya menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pareyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd Aidil Zafuan masing-masing berjaya menghasilkan satu gol dihadapan ribuan peminat setia JDT.
Namun begitu penyokong JDT dikejutkan oleh jaringan Thiha Zaw pada minit ke-7 selepas Safiq Rahim meletakkan tuan rumah dihadapan.
Kedua-dua pasukan saling berbalas asakan namun kubu JDT seakan kental dan sukar digugat. JDT membalas serangan bertubi-tubi kearah gawang Ayeyawadi dan berjaya menghasilkan gol kedua. Dan selepas itu JDT dilihat menguasai permainan dengan satu gol lagi sebelum berhenti rehat separuh masa pertama.
JDT memulakan babak kedua perlawanan dengan lebih garang dan seakan belum puas dengan 3 gol. Safiq Rahjm sekali lagi menambah derita lawan bila menghasilakan gol ke-4 setelah 3 minit babak bermula.
Penguasaan JDT berterusan , Ayeyawady semakin kelam kabut. Lucero melengkapkan malam yang cukup hebat buat JDT bila berjaya menghasilkan 2 gol pada minit ke-82 dan 87 sebelum Mohd Aidil Zafuan menjaringkan gol ke-8 pada tambahan masa kecederaan.
No comments:
Post a Comment