})();

nuffnang

11 May 2016

Selangor Kecundang AFC

Tampines Leburkan Hasrat Selangor Mara Pusingan Kalah Mati Tewas 0-1


Hasrat Zainal Abidin Hassan mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Piala AFC kini terkubur dek kekalahan tipis kepada Tampines Rovers wakil kelab Singapura dengan 0-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Nasional Singapura semalam.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan kalah mati namun dikecewakan dengan gol tunggal pemain sayap kanan Tampines, Yasir Hanapi pada minit ke-31.

Khairul Azhan Khalid penjaga gawang Selangor gagal menangkap kemas bola sepakan kencang oleh Yasir dalam kotak penalti hasil lorongan cantik pemain import Billy Mehmet Durakovic untuk tampines mendahuli babak pertama perlawanan.

Selangor juga mempunyai banyak peluang keemasan menjaringkan gol namun ketumpulan jentera serangan serta ketangkasan penjaga gawang Tampines Izwan Mahbud menggagalkan pasukan pelawat mencipta gol.

Selangor gagal manafaatkan perlawanan apabila Mehmet dilayangkan kad merah dan tuan rumah hanya bermain dengan 10 orang namun masih buntu untuk menyamakan kedudukkan.

Dengan kekalahan itu menyaksikan Selangor sekadar berpuas hati ditempat ketiga Kumpulan E dengan lapan mata , manakala Tampines berjaya melonjak ke tangga kedua dengan 12 mata dan Ceres dari Fililina berada pada ranking pertama menjadi juara dengan 12 mata.

Ceres juga semalam telah menewaskan kelab Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi dengan 5-0 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam Kumpulan E dan Sheikh Jamal di tangga tercorot.