Zulfahmi Hampir Menjadi Juara Superbike Dunia
Hanya beberapa saat sahaja Zulfahmi hampir muncul juara dan ketinggalan namun tetap meraih tempat kedua kategori Supersport pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) setelah di pintas VerdNatura semalam.
Pelumba Orelac Racing VerdNatura menggamatkan 10,000 penonton di Kitar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila memimpin hampir keseluruhan perlumbaan namun gagal mengekalkan konsistensi mengawal jenteranya apabila pada tiga pusingan terakhir dia terpaksa akur dengan kehebatan Ayrton Badovini (GEMAR Baloons-Team Lorini) yang memintas dan muncul juara.
Keseluruhan masa yang dicatat Badovini dari Itali itu adalah 33 minit 22.944s dan hanya dibezakan 0.050s dengan Zulfahmi, tempat ketiga pula milik Gino Rea (GRT Racing Team).
Walaupun bermula dipetak kelima namun menjadi naib juara cukup menggembirakan Zulfahmi kerana ini merupakan pencapaian terbaiknya dalam kategori Superbike (WSBK) dan menamatkan kemarau podium yang pernah beliau naiki 4 tahun lalu dalam saingan 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia pada 2012 dengan tempat kedua pada Grand Prix Valencia dan Malaysia.
"Saya menekan brek terlalu kuat pada selekoh terakhir berbanding pusingan sebelumnya dan ini mengakibatkan saya hilang kawalan dan ketinggalan.
"Keputusan kedua ini tidak terlalu bagus kerana saya sepatutnya boleh menjadi juara dengan apa yang berlaku dan ketinggalan beberapa saat sahaja.
"Namun saya tetap gembira meraih podium di tempat kedua dan akan cuba memperbaiki catatan masa untuk perlumbaan seterusnya," kata Zulfahmi.
Sementara itu, Bavodini turut memuji Zulfahmi.
"Sememangnya dia seorang pelumba yang bagus dan berani serta sangat laju, kami saling pintas memintas namun tuah ternyata memihak kepada saya," kata Bavodini.
No comments:
Post a Comment