})();

nuffnang

13 May 2016

Velizar Popov Pengganti K Devan

Pengendali Dari Bulgaria Velizar Popov Bakal Bimbing Skuad PQPTRW


Pengendali baru skuad Kelantan Popov menyatakan yang beliau tidak gentar dengan sebarang cabaran atau tekanan dalam melatih sesuatu pasukan bolasepak. Beliau yakin mampu membimbing Kelantan untuk kembali pulih bagi mengharungi baki Liga Super.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Maldives itu komited dan akan cuba memenangi trofi.

"Pengalaman yang saya ada semasa berada di beberapa negara Asia Tenggara akan saya manafaatkan sepenuhnya.

"Kami akan berjuang pada baki Kejuaraan  Liga Super kerana saingan belum berakhir dan kami percaya semuanya tidak mustahil kerana segalanya mungkin dengan latihan yang betul,"katanya.
Pihak Pengurusan Kelantan semalam mengumumkan pengendali berasal dari Bulgaria itu sebagai pengganti K Devan yang meletakkan jawatan kelmarin.

"Kalau takut cabaran dan tekanan, saya tidak akan berada di sini. Sukar untuk membimbing pasukan pertengahan musim tapi saya sudah bersedia semua itu," katanya.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan yang Papov menandatangani kontrak selama setahun.

Beliau mengakui tekanan oleh penyokong membuatkan Devan meletakkan jawatan kerana tidak dapat menerima tekanan tersebut yang semakin memuncak 3 minggu kebelakangan ini.
Kelantan yang menghuni tanggan keenam dalam saingan Liga Super masih mempunyai peluang mengakhiri musim 2016 dalam kelompok 4 terbaik dan sasaran menuju ke suku akhir saingan Piala Malaysia.




No comments:

Post a Comment