})();

nuffnang

29 May 2016

Harimau Malaysia Gagal Di Myanmar

 Masih Belum Mantap Skuad Harimau Malaysia


Gagal mencatat kemenangan dengan myanmar dalan aksi perlawanan persahabatan bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon semalam.

Ketumpulan jentera serangan di lihat menjadi punca penyebab Harimau Malaysia menjaringkan gol. Datuk Ong Kim Swee perlu mencari jalan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera sebelum play-off nanti.

Sejarah kosong jaringan diteruskan lagi apabila dalam dua perlawanan lepas juga tetap kosong bertemu dengan Arab Saudi (0-2) dan Macau (0-0). Jaringan kali terakhir dilakukan pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan Malaysia tumpas 1-2.

Walaupun kita dibarisi pemain-pemain yang mewakili kelab-kelab hebat di tanah air namun di peringkat antarabangsa kita cukup lemah.

Walau bagaimana pun Datuk Ong Kim Swee tetap optimis berkata tentang peluang yang ada pada Harimau Malaysia dalam aksi perlawanan menentang Timor Leste di Larkin nanti pasti menjadi milik kita.

"Saya menggunakan pemain terbaik, namun selepas babak kedua saya terpaksa melakukan pertukaran kerana ada pemain saya terlibat dalam perlanggaran.

"Perlawanan ini amat penting untuk mencari keserasian dan kombinasi mantap sesama pemain. Ramai pemain utama yang terdiri daripada pemain JDT hanya melapur diri dua hari sebelum pertemuan itu kerana mereka terlibat dengan Piala AFC.


No comments:

Post a Comment