Harimau Kumbang Tekad Untuk Dapatkan Tiga Mata Menentang Felda United Dan Bukan Tagih Simpati Untuk Layak Ke Piala Malaysia
Skuad Harimau Kumbang yang akan menentang Felda United dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super malam ini di Stadium Bandaraya optimis dalam mengutip tiga mata penuh untuk layak ke saingan Piala Malaysia dan bukannya sekadar menunggu belas ihsan pasukan lain.
Bagi Manzoor, dia mahu segala-galanya di bawah kawalan mereka sendiri dan tidak mahu bermain di Piala Malaysia atas faktor nasib.
“Saya sudah beritahu pemain, tiga mata wajib dicari berdepan Felda jika tidak mahu terlepas beraksi di Piala Malaysia. Pemain juga melahirkan hasrat mereka yang tidak mahu tercicir daripada bersaing di Piala Malaysia, memang satu kerugian besar kalau terlepas dari saingan berprestij ini.
Malah, saya memberi peringatan jangan difikirkan keputusan perlawanan terutama yang membabitkan Sarawak dan Perak. Memang kami boleh layak walaupun tewas dengan Felda dan pada masa sama jika Sarawak juga kalah pada pasukan Perak. Namun saya tidak mahu kami melangkah ke saingan Piala Malaysia dalam keadaan sebegitu yang berdasarkan nasib semata-mata. Tambahan ini aksi terakhir di Bandaraya sebelum ditutup untuk dinaik taraf, jadi saya harap pemain dapat menghadiahkan sesuatu kepada peminat setia Pulau Pinang,” katanya.
Manzoor tetap yakin mereka mampu meraih mata biarpun tahu reputasi Felda selaku pasukan teratas Liga Super. Berdasarkan analisis pertemuan Perak dan Felda di Ipoh, Manzoor berasakan mereka mampu mengeksploitasi beberapa kelemahan lawan.
“Saya melihat ada ruang yang kami boleh gunakan apabila menentang Felda, jadi saya ada perancangan tersendiri. Jika Perak mampu meraih tiga mata, tidak mustahil kami juga mampu melakukannya. Selain itu, rekod Felda juga tampak kurang baik apabila bermain di tempat lawan, saya harap kami boleh dapatkan sesuatu malam esok,” katanya.
Admin amat berharap agar seluruh warga Pulau Pinang dapat memenuhi setiap ruangan tempat duduk di Stadium Bandaraya malam nanti. Gunakan kesempatan yang ada untuk kita memberi sokongan padu dalam perjuangan hidup dan mati kita ke Piala Malaysia.
Di samping penghormatan buat Stadium Keramat kita yang bakal ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf kerana pusingan kedua nanti kita akan berkampung di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai.
Ayuhhhhhhh ayuhhhhhh lahhhh sahabat sahabat ku sekalian, buktikan kepada dunia kitalah penyokong paling setia dan sanggup berada bersama ketika susah dan senang maka buktikan buktikan buktikan....
Lobo pastinya tidak akan mengecewakan peminat Harimau Kumbang...
Kesebelasan Utama yang dijangka bakal diturunkan.
No comments:
Post a Comment