})();

nuffnang

14 May 2016

Johor Darul Ta'zim Juara Piala FA 2016

Harimau Selatan Hebat Tiada Tandingan Impian Dan Cita Cita Tercapai


Ramalan kebanyakan peminat bolasepak Malaysia yang meramalkan pasukan dari Selatan tanahair, Johor Darul Ta'zim bakal Juara Piala FA Superbest Power tepat.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam perlawanan akhir Piala FA sebentar tadi menyaksikan JDT menewaskan PKNS FC dengan 2-1.

JDT merupakan pasukan yang cukup berpengalaman dan seluruh jentera mampu menghadapi tekanan dengan baik. 

Namun kredit juga harus diberikan kepada skuad kendalian E Elavarasan PKNS FC yang memberi tentangan sengit bermulanya babak pertama.

Babak pertama bermula PKNS FC tanpa perlu menunggu lama apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Aidil dengan sengaja menarik Soto dan berjaya disempurnakan oleh pemain import Gabriel Geurra pada minit ke-5.

Tersentak dengan jaringan itu JDT menggandakan asakkan kearah kubu PKNS tapi masih gagal menjaringkan gol namun JDT tidak perlu menunggu lama apabila penjaga gol PKNS,  G Jeeva dengan sengaja menjatuhkan Diaz dalam kotak penalti dan dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-35 yang berjaya disempurnakan oleh Syafiq Rahim.

Jorge Pareyra Diaz yang cukup di kenali sebagai pemain yang cukup rajin dalam usaha mencari gol tanpa jemu dan putus asa berjaya menjaringkan gol kedua buat JDT apabila tendangan kencangnya pada sudut kiri tiang gol PKNS tertampan pemain pertahanan terus melantun masuk menggegarkan gawang PKNS .

Pengulas jemputan Datuk Ong Kim Swee menamakan Safiq Rahim sebagai pemain terbaik malam ini. Dan anugerah pemain terbaik Superbest Power bulan ini dan pemain terbaik malam ini dianugerahkan kepada pemain import JDT Pareyra Diaz.

PKNS juga merupakan kelab yang boleh dibanggakan dan ini merupakan pengalaman berharga kepada mereka dan allahyarham Moktar Dahari juga pernah bermain dengan pasukan ini. Malam ini skuad PKNS boleh berbangga kerana ini adalah kali pertama merek layak ke final Piala FA sejak penubuhanya.

Tahniah buat Harimau Selatan yang berjaya merangkul trofi Piala FA untuk tahun ini dan kemungkinan besar tahun ini mereka bakal mendominasi semua trofi dalam Liga Malaysia.




No comments:

Post a Comment