})();

nuffnang

25 May 2016

Johor DT Lawan Kaya FC Pusingan Kedua AFC

Mampukah JDT Menewaskan Kaya FC Dalam Pusingan Kedua AFC Malam Ini


Menjelang sepak mula perlawanan kedua Piala AFC malam nanti yang akan berlangsung di Larkin mampukah Johor Darul Ta'zim meneruskan kemenangan.

Penyerang ayam tambatan JDT, Safiq Rahim kemungkinan besar tidak dapat diturunkan disebabkan mengalami kecederaan.

Mario Gomez, ketua jurulatih skuad Harimau Selatan menegaskan kecederaan di alami kapten JDT itu masih belum pulih sepenuhnya namun pemain tengah itu sudah mula menjalani latihan ringan.
Sekiranya tidak dapat diturunkan tempatnya bakal diambil Amirul Hadi Zainal yang akan digandingkan dengan Harris Harun.

"Safiq munkin mempunyai tahap kesihatan 50-50 atau 60-40 dan segalanya kita lihat akan lihat malam esok(malam ini). Tidak pasti dia boleh bermain atau hanya duduk di bangku simpanan.
"Aksi perlawanan dengan Kaya FC adalah kalah mati jadi kami tidak harus melepaskan peluang untuk menang dan melangkah ke suku akhir.

"Menang besar keatas Pahang 6-0 baru-baru ini memang menaikan moral pemain.
"Saya yakin mereka juga mahu meneruskan kemenangan itu dengan persembahan terbaik," kata Gomez.

Apapun, Gomez tetap menghormati kelab dari Filipina itu yang pertama kali layak ke pusingan kalah mati itu membuktikan skuad binbingan Joel Villarino dibarisi pemain terbaik.

Jadi beliau tidak mahu kesebelasan utama JDT memandang rendah kebolehan pasukan lawan, sebaliknya sentiasa fokus kepada perlawanan.

"Mereka mempunyai pemain muda yang sentiasa bergerak pantas dengan permainan yang laju.
"Kapten mereka Alexander Borromeo, Kenshiro Daniels dan pemain import dari Ghana, Robert Lopez Mendy mampu memberi ancaman," ujarnya.


No comments:

Post a Comment