})();

nuffnang

19 May 2016

Bojan Hodak Bakal Kendali Skuad Pulau Pinang

Nenad Bacina Menjadi Teraju Utama DiBawah Bojan Hodak Kendali Pulau Pinang Untuk Memastikan Pulau Pinang Kekal Dalam Liga Super Musim Depan


Nama Bojan Hodak bukanlah asing dalam bola sepak tempatan kerana dia pernah mengendalikan UPB-MyTeam, Kelantan dan juga Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Bacina pula pernah terlibat bersama pasukan JDT II dan juga kelab Tampines Rovers dari Singapura.
Kedua-dua jurulatih itu berada di Stadium Bandaraya malam tadi bagi menyaksikan pertemuan Liga Super di antaraPulau Pinang dan Felda United. 

Persoalan mengenai kehadiran mereka terjawab apabila Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Gary Nair, mengesahkan Hodak dan Bacina menjadi taruhan pihak pengurusan untuk mengubah nasib pasukan. 

"Rombakan akan dibuat. 
"Kami akan menukar jurulatih dengan melantik Bacina yang juga akan bertindak sebagai pengurus.
"Kami juga mengesahkan telah melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 
"Apa nak jadi, kita tunggu dan lihat nanti," katanya. 

Meskipun belum ada pengumuman rasmi, Hodak dan Bacina dijangka memulakan tugas selepas pertemuan pusingan kedua Liga Super di antara Felda United dan Pulau Pinang, Sabtu ini.

Jelas Gary lagi, rombakan drastik perlu dilakukan dalam pasukan, apatah lagi diulit kekecewaan skuad Harimau Kumbang gagal menempatkan diri dalam saingan Piala Malaysia. 
Antara yang menjadi tumpuan sudah pasti khidmat kesemua empat pemain import yang bakal dinilai sebelum Hodak dan Bacina merencana perancangan mereka. 

Mengulas mengenai jurulatih yang direhatkan, iaitu Jacksen Tiago, Gary berkata perbincangan bagi penamatan kontrak pengendali kelahiran Brazil itu sedang berjalan, termasuk jumlah pampasan. 
"Kami akan bincang dengan dia, kontraknya belum tamat lagi.
"Saya kecewa, semua orang kecewa apabila kami gagal layak ke Piala Malaysia, jadi kami akan membuat perubahan."



Biodata Hodak:


Nama: Bojan Hodak

Tarikh Lahir : 4 May 1971

Umur : 45 tahun

Negara Asal : Zagreb, Croatia.



Pasukan Pernah DiLatih:


1. UPB My Team } 2006-2009

2. Phnom Pennh Crown} 2010-2011

3. Shandong Luneng} 2011-2012

4. Kelantan } 2012-2013

5. Johor Darul Ta'zim} 2013-2014





Biodata Nenad Bacina:


Nama: Nenad Bacina

Tarikh Lahir : 29 Julai 1971

Umur : 45 tahun

Negara Asal : Split, Croatia

Pasukan Pernah DiLatih:


1. Johor Darul Ta'zim } 2014-2015

2. Tampines Rovers } 2012-2013

3. Hougang United } 2011-2012

4. Woodland } Jan 2011-31 Dis 2011




KAMI SEDIAKAN EBOOK PANDUAN UNTUK ANDA BERNIAGA DI BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM





Bojan Hodak Membawa Khabar Gembira Buat Seluruh Penyokong Harimau Kumbang




Nenad Bacina Pastinya Tidak Akan Mengecewakan Peminat

No comments:

Post a Comment