})();

nuffnang

03 May 2016

Leicester City Juara Liga Perdana Inggeris

Keputusan Seri 2-2 Chelsea Menentang Tottenham Hot Spurs Membawa Tuah Buat Leicester City


Perlawanan yang menjadi tumpuan seluruh dunia apatah lagi penyokong Leicester City yang berada di luar Stadium
Stamford Bridge menjadi sejarah dan tidak sia-sia penantian mereka selama 96 minit yang penuh debaran.

                                 

Sejarah Chelsea yang belum pernah tewas di gelanggang sendiri dengan Tottenham sejak 19 tahun dibuktikan sendiri oleh mereka sebentar tadi apabila bangkit semula memburu gol selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama perlawanan.

Pada awal permainan penonton di kejutkan dengan gol awal Harry Kane kemudian jaringan kedua dihasilkan oleh Son Heung yang rata-rata menganggap kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan perlawanan ini samada untuk menyekat Leicester City dari bergelar juara atau dilakukan oleh bookie.

Namun bermula babak kedua, The Blues semakin garang untuk mempertahankan maruah rekod tanpa kalah di tempat sendiri dan berjaya membuktikan apabila mereka bangkit mendapatkan dua gol hasil jaringan Gary Cahill dan Eden Hazard untuk menjadikan keputusan seri 2-2.


Permainan menjadi semakin hangat dengan kekasaran di lakukan oleh kedua-dua pasukan dengan Tottenham dilihat semakin tertekan untuk memenangi perlawanan namun kekentalan benteng pertahanan The Blues akhirnya selepas wisel penamat dibunyikan kedudukan seri 2-2.

Dengan keputusan ini maka Leicester secara rasminya dimahkotakan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016 dan menjadi sejarah Kelab Leicester sejak penubuhanya 40 tahun dahulu memegang status Juara Liga Perdana Inggeris...

Sekalung tahniah dari admin buat sebuah kelab kerdil dan miskin yang mampu membawa cabaran yang besar dalam saingan Liga ...biar badan kecil tapi hati mau besar..



No comments:

Post a Comment