})();

nuffnang

05 May 2016

KFA Tolak RM30 Juta Tajaan D'Herbs

RM30 Juta Di Tolak Alasan Tak Mampu Penuhi Syarat Datuk Aliff Syukri


Persatuan Bolasepak Kedah secara rasminya menolak tajaan RM30 juta oleh D'Herbs Sdn Bhd yang di miliki usahawan kosmetik terkenal Malaysia Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan disiarkan melalui berita Tv1 malam tadi.

Keputusan itu di buat secara konklusif dan muktamad disebabkan terdapat terma dan syarat yang sukar di penuhi.

Penolakan tajaan untuk tempoh 3 tahun oleh skuad Helang Merah berkenaan dilakukan selepas KFA meneliti setiap syarat dalam draf perjanjian selepas memutuskan untuk tidak menerima tawaran terbabit.

Sumber KFA memaklumkan, penolakan tawaran penajaan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan permintaan tanah seluas kira-kira 60 hektar bagi tujuan pembangunan berikutan berikutan Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri pernah memberitahu mahu mendirikan bandar D'Herbs Terlajak Laris di negeri itu.


Mengulas lanjut penolakan itu, Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau berharap penyokong Kedah tidak marah dengan keputusan itu kerana ia di buat atas dasar mengelakkan implikasi masa hadapan.

"Kami tidak mahu jadi kes seperti Persatuan Bola Sepak Kelantan. Jika mahu taja dengan meletak syarat berlebih-lebihan. Penajaan untuk publisiti itu tak ada masalah kita boleh terima tetapi jangan menggunakan KFA dengan meletakan pelbagai syarat.

Terdahulu dari itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, berdasarkan draf perjanjian terakhir yang diterima daripada D'Herbs pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan berikut kerana terdapat beberapa syarat yang tidak mampu dan sukar di penuhi oleh KFA.


"Walaupun tanpa penajaan (D'Herbs), ia tidak akan menjejaskan kantung KFA kerana masih di sokong anak syarikat kerajaan negeri.
"Setakat ini kita belum mendapat tawaran penaja lain dan sentiasa bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menaja asalkan syarat-syarat dapat di terima kedua-dua pihak", ujar beliau pada sidang media di Stadium Darul Aman.


No comments:

Post a Comment