})();

nuffnang

09 May 2016

Piala Malaysia 2016 Pemain Pulau Pinang Tentukan Nasib

Slot Ke Piala Malaysia Bakal Di Tentukan Oleh Pemain Menentang Felda United Di Stadium Keramat


Pulau Pinang masih lagi berada terumbang ambing untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2016 dan akan ditentukan pada perlawanan terakhir pusingan pertama perlawanan kesebelas menentang Felda United FC pada 18 Mei nanti sebagai tuan rumah.

Kekalahan tipis kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin, Jumaat lalu terus mengekalkan "The Panthers" berada di tangga kesebelas liga berkongsi enam mata bersama pasukan tercorot Sarawak.
Jaringan minit akhir masa tambahan kedua oleh Safee Sali menyebabkan mereka gagal mengutip satu mata yang amat diperlukan ketika bermain di tempat lawan.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada harimau kumbang namun rata-rata peminat yang menyokong, amat berpuas hati termasuk Pengurus Pulau Pinang Mohd Azizuddin Mohd Shariff.
Mohd Azizuddin juga berkata, segalanya kini bergantung kepada pemain.


"Kini slot ke Piala Malaysia akan diketahui pada keputusan perlawanan menentang Felda United dan nasib pasukan ini bergantung sepenuhnya kepada kesebelasan utama yang bakal diturunkan nanti.
"Felda United sudah pastinya akan cuba sedaya upaya untuk kekal di tangga pertama liga selepas dicabar hebat oleh JDT yang menghuni di tangga kedua. Aksi menentang Felda United nanti di Stadium Bandaraya akan menjadi cabaran yang cukup hebat buat Pulau Pinang," kata Mohd Azizuddin kepada wartawan.

Harimau Kumbang buat pertama kalinya dapat menggunakan keempat-empat pemain import pada perlawanan ke-10 liga secara serentak dan berharap momentom tersebut dapat dipertingkatkan pada aksi menentang The Fighters.

" Tidak banyak yang dapat kita lakukan apabila berdepan JDT di laman mereka dan untuk aksi menentang Felda United, kami amat berharap disiplin dapat ditingkatkan sambil mengharapkan tuah menyebelahi kami di laman sendiir," ujar beliau lagi.

Bagi saya selaku admin dan peminat tegar The Panthers amat yakin dan terlalu yakin yang kita bakal dan pasti menewaskan Felda United di Stadium Keramat kita.....sejarah Liga Perdana pusingan akhir kemuncak bakal berulang kali ini apabila kita layak ke Liga Super dengan kemenangan tak di sangka juga kemenangan pasukan lain memberi tuah kepada kita....

Anda tunggu dan lihat....keajaiban bakal berlaku......hadiah tiket Pulau Pinang vs Felda United akan saya umumkan sehari sebelum perlawanan di fb. Teruskan share, klik dan komen di blog dan pastinya peluang anda cerah untuk menerima sekeping tiket grandstand...
Hariaaaaaaa Penang Hariaaaaaa




No comments:

Post a Comment