Pengendali PQPTRW Umum Letak Jawatan
Bolasepak Malaysia tahun 2016 ini sejak diswastakan menjadi tumpuan oleh kebanyakkan peminat bola sepak tanahair dan di dada-dada akhbar boleh dikatakan setiap hari pastinya ada isu berkaitan Liga Malaysia baik Liga Super mahupun Liga Perdana.
Sebelum ini pengendali skuad Pulau Pinang Jakcsen Tiago telah direhatkan berikutan aksi hambar skuad Harimau Kumbang itu. 2 hari lepas kita dimaklumkan perletakkan jawatan Datuk K Rajagopal sebagai ketua jurulatih skuad Sarawak dan kini K Devan pengendali skuad Kelantan pula mengumunkan perletakkan jawatannya ekoran prestasi yang kurang bertenaga skuad pantai timur itu.
Harian Metro online mengesahkan yang K Devan mengesahkan perletakkan jawatanya bermula hari ini dan keputusan diambil atas kerelaanya sendiri tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak. K Devan pernah melatih skuad Harimau Kumbang pada 2015 semasa berada di Liga Perdana.
Beliau ketika dihubungi mengesahkan meletak jawatan hari ini dan tindakanya itu mendapat restu dari Pengurusan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Saya letak jawatan atas keputusan saya sendiri yang bersifat peribadi tanpa ada tekanan dari sesiapa dan petang tadi sudah mendapat restu KAFA,"katanya.
Namun begitu, Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata, mereka masih belum menerima surat rasmi K Devan berhubung perletakkan jawatanya sebaga ketua jurulatih.
"Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perletakan jawatan itu dan tidak terima apa-apa surat letak jawatan, sepatutnya hanya Setiausahan Agung dan Presiden sahaja berhak menerima surat itu.
"Tapi sehingga hari ini saya tidak terima apa-apa surat dan mustahil jika ianya diserahkan kepada Presiden.
"Saya sedang berusaha mendapatkan penjelasan dari beliau (K Devan)," ujar beliau ketika dihubungi wartawan.
Beliau juga menjelaskan yang pertemuan semalam dengan K Devan banyak membicangkan soal lain dan langsung tidak menyentuh soal perletakkan jawatan.
Admin berpendapat yang kemajuan pemikiran di kalangan ketua jurulatih atau coach sekarang ini amat terpuji dan kita semakin menuju ke arah kemodenan bolasepak sejajar dengan sikap profesionalisme jurulatih yang semakin berani melepaskan jawatan apabila gagal membawa sesuatu pasukan ke arah kemajuan dalam pasukan mereka.
Jurulatih harus berani mengakui kegagalan mereka dan ini bukannya melambangkan mereka tidak bagus cuma mungkin tidak serasi dengan pasukan yang dibimbing dan perlu membuka peluang kepada orang lain untuk meneruskan perjuangan itu...tabik springggg buat K Devan...jasa anda sentiasa dalam ingatan penyokong Harimau Kumbang.
ANDA BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM, UPTOWN ATAU BAZAAR RAMADAN NAMUN TIADA ILMU UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN ANDA...DISINI KAMI SEDIAKAN EBOOK BUAT PANDUAN ANDA...DAPATKAN SEBELUM STOK HABIS
No comments:
Post a Comment