})();

nuffnang

04 May 2016

FMLLP Tangkis Dakwaan Kaut Untung

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Nafi Dakwaan Kaut Untung Harga Tiket Final Piala FA Superbest Power


Berikutan harga tiket final Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam 14 Mei yang dinaikkan dari RM40 ke RM50 FMLLP di kecam hebat dan di dakwa hanya mahukan keuntungan semata-mata.

Namun begitu pihak FMLLP menangkis dan menafikan hanya memikirkan soal keuntungan dengan harga tiket final Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS serta menghapuskan jualan tiket kanak-kanak.
Edisi final tahun lepas, tiket dijual dengan harga RM40 manakala 2,000 keping tiket berharga RM5 diperuntukkan kepada kanak-kanak. Tetapi kali ini badan pengelola Liga Malaysia ( Liga M) mengambil pendekatan berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam berkata, mereka sudah mengkaji  dalam pelbagai aspek sebelum membuat kelulusan dan percaya apa yang dilakukan demi memberi keselesaan buat 70,000 penonton yang bakal hadir ke stadium nanti.


"Saya sedar pasti ada yang tidak setuju dengan keputusan ini tapi kami perlu berani membuat perubahan. Dalam edisi kejohanan yang lalu banyak tiket kanak-kanak tidak digunakan. Jadi kali ini kami mengambil keputusan tidak menjual tiket kanak-kanak.

"Kami faham kebanyakan penyokong masuk ke stadium seawal jam 5 petang jadi kami perlu menyediakan pelbagai aktiviti seperti konsert bagi memastikan  mereka tidak hilang 'mood' semasa menantikan perlawanan berlangsung. Katanya.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir PialabFA 2016 yang diadakan semalam wakil dari Johor Darul Ta'zim dan PKNS FC juga bersetuju dengan cadangan tersebut.


No comments:

Post a Comment