Misi Balas Dendam Atletico Tewas Final 2014
Cristiano Ronaldo mahu ketepikan soal peribadi dan fokus untuk memastikan Real Madrid menang dalam aksi final Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid awal pagi esok di San Siro, Milan, Itali.
Manakala Diego Godin menggesa Atletico Madrid memanfaatkan kekalahan pada final 2014 di tangan Real Madrid sebagai motivasi apabila berdepan anak buah Zinedine Zidane.
Ronaldo yang merupakan pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali tidak pernah menjaringkan gol di San Siro. Dan dia hanya memerlukan satu gol untuk menyamai rekod yang pernah dibuatnya sebanyak 17 gol pada musim lalu.
Walaupun cabaran yang hebat bakal diberikan pasukan lawan namun Ronaldo tetap optimis dan jika menang, Real pastinya menjadi sebuah kelab bola sepak yang paling unggul dan berjaya di Eropah kerana pernah bergelar juara dalam pelbagai era sejak pertandingan itu dianjurkan.
Atletico tidaklah sehebat Real Madrid jika dibandingkan tetapi ancaman yang bakal diberikan anak-anak buah Diego Simeone bukanya calang-calang dan tidak boleh di anggap mudah dan Atletico hanya tewas sekali dalam 10 rekod pertemuan lalu selepas final 2014.
Pada pertemuan 2014 lalu pemain Atletico, Godin membuka jaringan apabila mereka bertarung merebut piala berprestij itu namun jaringan Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir separuh masa kedua akhirnya memalitkan rekod hitam buat Atletico apabila Real Madrid menang dengan 4-1.
Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane pula ingin melakukan hatrik yang bersejarah sejak berada selama lima bulan dengan Real.
Bekas pemain bintang Perancis itu kini boleh mengakhiri musim ini dengan meraikan gelaran Liga Juara-Juara, seperti yang pernah dia lakukan ketika menjadi pemain kelab gergasi Sepanyol itu 14 tahun yang lalu.
Kemenangan ke atas Atletico Madrid awal pagi esok akan melengkap permulaan cemerlang Zidane sebagai ketua jurulatih dan sekaligus akan berada sebaris dengan nama-nama besar jurulatih dan pemain dunia yang terhebat seperti Miguel Munoz, Giovanni Trapattoni, Johan Cruyff, Carlo Ancelotti, Frank Rijkard dan Pep Guardiola.
Zidane membantu Real Madrid menjuarai kejuaraan kesembilan ketika kelab itu menentang Bayer Leverkusen apabila meledak gol dengan tendangan lambung kaki kiri.
Dalam pada itu Simeone, pengendali Atletico Madrid memberi amaran yang mereka akan memburu gol awal dan akan memecahkan kubu Real awal pagi esok.
"Kami sudah menentang dua pasukan terbaik dunia dan ini yang ketiga di final,"kata Simeone pada UEFA.com.
Beliau amat yakin dan cara terbaik serta kunci utama menewaskan Real dengan memecahkan kubu kental lawan di samping perlu anak-anak buahnya berhati-hati dengan gerakan set-piece.
Berikut Adalah Lima Derby Klasik Pertemuan Real Dan Atletico
1. Real Madrid 2 - 1 Atletico
Separuh akhir Piala Eropah 13 Mei 1959
Separuh akhir Piala Eropah 13 Mei 1959
2. Real Madrid 1 - 3 Atletico
La Liga 30 Oktober 1999
La Liga 30 Oktober 1999
3. Real Madrid 1 - 2 Atletico
(Selepas Masa Tambahan)
(Selepas Masa Tambahan)
Final Copa del Rey 17 Mei 2014
4. Real Madrid 4 - 1 Atletico
(Selepas Masa Tambahan)
Final Liga Juara-Juara 24 Mei 2014
(Selepas Masa Tambahan)
Final Liga Juara-Juara 24 Mei 2014
5. Real Madrid 1 - 0 Atletico
Suku Akhir Liga Juara-Juara 22 Apr 2015
Suku Akhir Liga Juara-Juara 22 Apr 2015
Nota : Perlawanan akan berlangsung jam 2.30 pagi waktu Malaysia 28 Mei 2016 dan akan disiarkan secara langsung menerusi ASTRO 816/834.
No comments:
Post a Comment