})();

nuffnang

27 May 2016

Mourinho Bakal Terima Ganjaran Jutaan Pound

5 Juta Pound Jika Menang Piala Eropah Dan 2.5 Juta Pound Jika Juara Liga Perdana Inggeris.


Pengendali baharu Manchester United, Jose Mourinho yang bakal memimpin pasukan itu musim depan akan menerima imbuhan yang cukup lumayan sekiranya berjaya membawa Manchester United muncul juara Eropah sekali lagi.

Jurulatih dari Portugal itu telah pun berjaya mendapatkan persetujuan untuk mengikat kontrak bernilai 10 juta semusim (RM60 juta) di Old Trafford dan sudah berada di peringkat akhir rundingan bersama Naib Pengerusi United, Ed Woodward di London.

Daily Star melaporkan Mourinho yang terkenal dengan jolokan "The Special One" bakal menerima pelbagai imbuhan sekiranya berjaya membawa The Red Devils merangkul kejuaraan.
Selain RM30 juta yang menanti jika berjaya membawa United muncul juara Eropah, bonus tambahan 2.5 juta pound (RM15 juta) turut bakal dikecapi jika United kembali merampas gelaran Juara Liga Perdana Inggeris.

Keyakinan tinggi dinyatakan pemilik Manchester  United iaitu keluarga Glazer yang Mounrinho mampu mengembalikan kegemilangan United sebagai gergasi bola sepak dunia seperti  di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson dahulu.

Prestasi cemerlang Mourinho yang pernah merangkul dua kejuaraan Eropah dan empat gelaran domestik bersama kelab yang berbeza amat menakjubkan.

Kegagalan United mengumumkan secara rasmi perlantikan Mourinho adalah disebabkan masih menyelesaikan rundingan dalam hak imej dan penajaan.

Walaupun dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu tetapi mereka masih memegang hak nama dan imej jurulatih itu sehingga 2023 disebabkan telah didaftarkan dengan Harta Intelek.
Chelsea masih lagi menjual produknya anggaran 37 produk berbeza menggunakan nama Mourinho sehingga kini. Dan rundingan masih dijalankan untuk United membayar jumlah pampasan tertentu untuk membatalkan kontrak itu.

Sementara itu Lagenda United, Paul Scholes mahu Mourinho belajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh Louis Van Gaal dengan menerapkan corak permainan menarik di Old Trafford.


No comments:

Post a Comment