})();

nuffnang

04 May 2016

Bolasepak Kelantan Bakal Di Gantung

Amaran Kevin Ramalinggam FMLLP, Gantung Jika Gagal Selesai Tunggakan Gaji Pemain


    " Dah 3 bulan * Beri Muka * "


Persatuan Bolasepak Kelantan bakal berdepan penggantungan jika masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji lima bekas pemain.

Menurut Ketua Pegawai Esekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalinggam, mereka tidak boleh terus 'beri muka' kepada KAFA kerana sudah diberikan tempoh tiga bulan untuk menyelesaikannya.

" Kalau ada berlanjutan hingga tarikh akhir hujung bulan ini, kita akan periksa status dengan Jabatan Undang-Undang FAM dan kemudian berhubung dengan pasukan terbabit. Isu gaji tak boleh diambil ringan dan tak boleh bertolak ansur.


" Saya rasa peluang sudah diberi, jadi kita rasa perlu melihat kepada cara penyelesaian lebih tegas. Tak boleh kata kita tidak berlaku adil kepada sesiapa, sebab segala peluang sudah diberi dan ini membabitkan integriti liga kita.

"Kita boleh cadangkan mata liga Kelantan dipotong untuk musim 2016 dan jika masalah ini berterusan sehingga ke 2017, mereka akan disingkirkan (ke Liga Perdana). Jika selepas itu masalah masih tak dapat diselesaikan, kita akan ambil tindakan drastik membatalkan pendaftaran (KAFA),"kata Ramalinggam selepas mesyuarat Jawatan kuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2016 semalam.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam kenyataan media semalam memaklumkan mereka menerima dari lima bekas pemain pasukan Liga Super Kelantan yang masih belum menerima bayaran gaji seperti mana dipersetujui dalam jadual bertarikh 6 Mac lalu.
Lima pemain terbabit adalah Amiridzwan Taj Tajuddin, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Fitri Omar dan Muhammad Nazri Ahmad.

Sepatutnya mereka menerima pembayaran kedua pada 15 April 2016 seperti persetujuan jadual pembayaran yang sudah dipersetujui KAFA , namun sehingga sekarang pemain masih belum menerima sebarang pembayaran.

Pemain mendakwa, KAFA memberi alasan 'menunggu wang penaja' atas kegagalan membuat pembayaran itu yang dikatakan berjumlah lebih RM400,000.

Sebelum ini, FMLLP turut berjanji kepada PFAM mereka akan mengambil tindakan selepas 11 Mei iaitu selepas tamat tempoh 90 hari diberikan sejak 9 Februari lalu.

"Perkara berkaitan disiplin masih dikendalikan Jawatankuasa Disiplin yang dikendalikan FAM, jadi kami hanya boleh memberikan pandangan mengenai hukuman yang boleh dikenakan," tegas Kevin Ramalinggam.



No comments:

Post a Comment