})();

nuffnang

22 May 2016

Pulau Pinang Nyaris Calarkan Rekod Felda United FC

Terikat 2-2 Felda United Hampir DiMalukan Di Laman Sendiri


Perlawanan pusingan kedua Liga Super 2016 telah pun bermula dengan kunjungan Pulau Pinang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang menentang pendahulu Liga Super Felda United malam tadi .

Pulau Pinang yang turun dengan impian mencalarkan rekod bersih Felda United dan mencari tiga mata hampir-hampir mencapai apa yang dihajati namun Forkey Doe menjadi penghalang.

Rabu lepas Pulau Pinang ditewaskan di Stadium Bandaraya dengan 1-2 dan malam tadi skuad kendalian Manzoor Azwira menanam penuh azam dan tekad melenyapkan penaklukan Felda United di Liga Super.

Kesebelasan Pulau Pinang yang dikejutkan dengan gol awal Felda United hasil jaringan Syamim Yahya pada minit ke-7 tidak menggugat tahap kekentalan Pulau Pinang dengan terus melancarkan serangan balas bertali arus ke kubu Felda United.

Perlawanan babak pertama yang memasuki minit-minit terakhir membawa tuah apabila dihadiahkan sepakkan penalti dan berjaya disempurnakan oleh pemain import Reinaldo Lobo pada minit ke-45 dan kedudukkan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Bermulanya babak kedua perlawanan Pulau Pinang lebih banyak menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran cantik dan teratur pada jentera serangan namun banyak aksi di cemari dengan insiden kekasaran oleh pemain Pulau Pinang yang memaksa pengadil melayangkan tiga kad kuning kepada pasukan pelawat itu.

The Fighter juga terus melancarkan serangan kekubu pelawat namun kecekapan penjaga gawang Pulau Pinang, Anuar Sani Kamsani menafikan setiap serangan Felda United.

Pulau Pinang yang kerap melancarkan serangan akhirnya berjaya mengejutkan skuad kendalian Irfan Bakti itu apabila Osas Saha berjaya menjaringkan gol kedua hasil gerakan solo yang menerima umpanan bola dari S Kumaahran lalu merembat kencang menewaskan penjaga gol Felda United pada minit ke-66 dan Pulau Pinang mendahului dengan 2-1.

Tersentak dengan jaringan gol tersebut Felda United terus melancarkan serangan dari bahagian tengah yang berjaya menghasilkan gol oleh  Francis Forkey Doe yang tidak di kawal lalu merembat kearah sisi kiri pintu gol menewaskan penjaga gawang Pulau Pinang pada minit ke-81.

Kedudukan kekal terikat 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Felda United jatuh ketangga kedua Liga dan Pulau Pinang masih kekal berada ditangga tercorot Liga Super. Namun Pulau Pinang harus berbangga kerana merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat Felda United dalam aksi Liga Super 2016 dilaman Jengka.

No comments:

Post a Comment