Juara Di Luar Jangkaan Pasukan Bolasepak Dunia Yang Di Pandang Rendah Kami Dedahkan Sejarah Mereka
Kejayaan Leicester City memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016 bagaikan sebuah kisah dongeng namun itulah hakikatnya.....dan begitu juga lain-lain kelab yang pada mulanya dianggap mustahil dan menjadi bahan ejekkan.
KAISERSLAUTERN
(JERMAN, 1997-98)
Adalah agak sukar mengingati kelab-kelab lain yang pernah memenangi Bundesliga selain kelab yang kerap memenanginya iaitu Bayen Munich yang cukup dominan.
Kejayaan Kaiserslautern yang berjaya merampas kejuaraan liga dari Bayern menjadi satu tamparan hebat untuk kelab Bavaria itu yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Paling menyakitkan hati adalah Kaiserslautern menggunakan khidmat jurulatih Rehhagel yang menjadi jurulatih Bayern sebelumnya. Rehhagel juga membuat kejutan berjaya memimpin Greece menjuarai Euro 2004.
Kaiserslautern bukan kelab yang lemah sebenarnya, dibarisi pemain hebat seperti Michael Schjonberg, Miroslav Kadlec, Pavel Kuka dan Andreas Brehme. Sebelum tersingkir ke divisyen dua tahun 1996 dan menamatkan saingan bundesliga di tempat keempat serta layak ke perlawanan akhkr Piala Jerman.
WOLFSBURGS
(JERMAN,2008-2009)
Ketika pertengahan aksi Bundesliga musim 2008-2009, Wolfsburg berada pada di tangga kesembilan dengan sembilan mata dijarakkan dengan pendahulu liga. Selepas rehat musim sejuk, kejutan demi kejutan dilakukan Wolfsburg dengan mencatatkan 15 kemenangan daripada 17 perlawanan termasuk membelasah Bayern Munich 5-1.
Wolfsburg dinobatkan sebagai Juara Bundesliga dengan kelebihan dua mata mengatasi Bayern. Ini merupakan kejuaraan Bundesliga yang pertama oleh kelab itu yang dipimpin oleh Felix Magath.
Diwakili oleh penyerang Brazil, Grafite (28 gol) dan penyerang Bosnia, Edin Dzeko (26 gol) yang mencatatkan rekod baharu jaringan terbanyak sebanyak 54 gol, 1 gol lebih dari rekod sebelumnya yang di pegang oleh lagenda Bayern, Gerd Mueller (40 gol) dan Uli Hoenes (13 gol) yang dijaringkan pada musim 1971/1972.
LEICESTER CITY
(ENGLAND, 2015-2016)
Pasukan yang mendapat jolokan Foxes itu muncul juara Liga Perdana Inggeris pada 2 Mei lalu selepas pencabar terdekat Tottenham Hotspur sekadar seri dengan Chelsea.
Walaupun Leicester menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan pada awal musim namun rata-rata pengkritik sukan mereka tidak akan mampu kekal pada prestasi terbaik hingga akhir musim. Mereka langsung tidak di berikan perhatian dan ramai menjangkakan mereka akan merudum pada pusingan kedua kerana sekadar menamatkan tempat ditangga ke-14 musim lalu.
Foxes langsung tidak disenaraikan bakal merebut tahta EPL dan ramai mengatakan mereka akan tersingkir kembali ke division dua musim depan, berbanding dengan pasukan ternama lain yang berbelanja besar, pemain Leicester hanya bernilai AS$32 juta dan jumlah tersebut amat jauh lebih kecil dibandingkan dengan kelab gergasi seperti Manchester United yang bernilai AS$416 juta yang Van Gaal belanjakan dalam tempoh 2 musim.
Pemain terhebat pasukan itu Riyad Mahrwz, N'Golo Kante dan Jamie Vardy di beli pada harga yang murah.
Dan juga ramai yang terlupa Leicester City yang juga di sebut "Lester", pernah mendiami Liga Divisen Satu Bola Sepak Inggeris dan tersingkir tujuh tahun yang lalu agak mustahil mampu merangkul mahkota dalam masa sesingkat itu.
WESTERNSYDNEY WANDERERS
(AUSTRALIA, 2013)
Pencapaian yang sememangnya cukup menakjubkan. Mula ditubuhkan pada 2013, sekaligus terus muncul juara A-League pada musim pertamanya. Western Sydney terus membuat kejutan dengan menjuarai Liga Juara-Juara Asia sekaligus layak beraksi di Piala Dunia Kelab FIFA.
Sebelum menjadi juara kelab itu menewaskan juara bertahan, Guangzhou Evangrande di peringkat suku akhir, FC Seoul (separuh akhir) dan Al Hilal (akhir). Itulah kelab pertama dan tunggal dari Australia yang memenangi Liga Juara-Juara Asia.
Musim 2015, kelab itu menamatkan saingan A-League di tempat kedua dan hanya dibezakan satu mata sahaja dengan juara liga, Adelaide United. Western Sdyney yang mula tidak nampak gah namun kembali bangkit dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam 10 perlawanan tanpa kalah dalam masa yang singkat dan kini merupakan kuasa besar bola sepak Australia dan Asia.
MONTPELLIER
(PERANCIS, 2011-2012)
Tiada siapa yang akan menyangka Montpellier mampu merangkul kejuaraan Ligue 1. Pengambilalihan pasukan Paris Saint-Germain (PSG) oleh billionaire dari Qatar pada musim panas 2012, dikatakan sebagai permulaan dominasi kelab itu dalam Ligue 1. Namun impian dan cita-cita PSG dinafikan oleh Montpellier.
Menang 2-1 ke atas Auxerre di perlawanan terakhir membolehkan Montpellier menamatkan saingan musim 2011/2012 dengan berada di persada liga dengan kelebihan tiga mata dibezakan dengan PSG yang dipimpin oleh Carlo Ancelotti. Siapa sangka kelab yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-14 dan hampir tersingkir mampu merangkul mahkota kejuaraan.
Mereka menjadi pencabar yang hebat pada musim 2011/2012 dan penjaring terbanyak serta penyerang Oliver Giroud menerima kasut emas, dia kemudian berhijrah ke Kelab England, Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £12m.
VERONA
(ITALI, 1984-1985)
Gelaran liga yang diraih Verona pastinya tidak akan dapat dilupakan dan akan terus dikenang. Bukan kerana ini kejuaraan tunggal kelab itu di Series A, tetapi kejayaaan itu hadir dalam masa sama Itali sedang bergelut membersihkan imej dari gejala rasuah sekitar tahun 1980-an.
Mungkin ada yang tidak mengetahui pada musim 1984/85 pengadil akan dipilih secara rawak bagi mengelakan penetapan keputusan perlawanan.
Pemain-pemain muda ketika itu seperti Hans-Peter Briegel, Preben Elkjaer Larsen, Pietro Fanna, Antonio Di Gennaro dan Giuseppe Galderisi berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti Juventus dan Napoli.
Perlawanan pembukaan menyaksikan mereka melakar kejutan dengan menewaskan Napoli yang diwakili Diego Maradona ketika itu dengan 3-1. Kemudian kejutan diteruskan dengan menewaskan Juventus pada perlawanan kelima dengan 2-1. Perlawanan itu dikenang kerana Elkjaer menjaringkan gol selepas butnya tertanggal akibat dibentes di luar kotak penalti.
No comments:
Post a Comment