})();

nuffnang

10 May 2016

Datuk K Rajagopal Letak Jawatan

Tiada Jodoh Maka Pilihan Tepat Melepaskan Jawatan


Skuad Sarawak yang semakin hilang arah dan berada dalam keadaan terumbang ambing dan menghuni tangga tercorot Liga Super membuatkan pihak pengurusan terpaksa menggantung Ketua Jurulatih Datuk K Ragopal.

Meski pun begitu, bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, keputusan dibuat atas persetujuan bersama selepas berunding dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

"Ya saya bersetuju atas kata sepakat kedua-dua belah pihak (FAS) dan akui tidak ada keserasian dengan pasukan sebelum keputusan dicapai.

"Saya sudah melakukan yang terbaik sebagai ketua jurulatih namun keputusan tidak menyebelahi Sarawak," katanya pada sidang media.

Rajagopal mengambil keputusan mengundurkan diri dari skuad Ngap Sayot bagi membuka ruang dan peluang kepada pasukan untuk meningkatkan prestasi yang lebih baik.
"Saya masih yakin yang Sarawak mampu melakukan yang terbaik sekaligus melayakkan diri ke Piala Malaysia," ujarnya.

Rajagopal yang berusia 57 tahun menyertai skuad Bujang Senang Disember lalu bagi menggantikan jurulatih dari Belanda, Robert Alberts.

Terdahulu sebelum itu Datuk Sudarsono Osman, Presiden FAS berkata, keputusan yang di ambil oleh Rajagopal dibuat selepas persetujuan dengan persatuan.

Admin menyifatkan yang Datuk K Rajagopal memang cukup gentelman kerana berani memikul tanggungjawab atas kegagalan skuad Sarawak dengan meletak jawatan.

Namun masih lagi ada segelintir yang walaupun gagal menerajui sesuatu pasukan atau pertubuhan tetap degil enggan melepaskan jawatan walaupun desakkan telah di buat.



No comments:

Post a Comment