})();

nuffnang

14 May 2016

JDT Tetap Berhati-Hati Bertembung PKNS FC

Amaran Safiq Rahim Buat PKNS dan Rakan Seperjuangan


Walaupun rekod trofi yang banyak memihak kepada JDT namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran yang JDT boleh memenangi perlawanan Piala FA menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam malam nanti. Kalau hilang fokus kecundang bakal menimpa.

Kapten JDT, Safiq Rahim berkata apatah lagi PKNS dilihat merupakan pasukan yang hebat dan konsisten seperti yang ditunjukan mereka pada laluan ke final Piala FA.

"Bagi saya semua lawan saya hormati dan semuanya kuat dan mereka mampu lakukan kejutan. Mereka sudah membuktikanya walaupun berada di Liga Perdana namun mampu menewaskan pasukan dari Liga Super tak kira dilaman sendiri atau di tempat lawan. Paling penting adalah kena konsisten.

"Pemain tempatan memang cukup cemerlang dan dibantu pemain import yang hebat, jadi bagi saya semua posisi mereka perlu di beri perhatian dan berbahaya. Memang tak dinafikan ramai mengatakan kami akan memenangi perlawanan ini tetapi kalau kami bermain dalam keadaan tertekan pastinya akan menjejaskan prestasi kami dan kami sentiasa ingat apa jurulatih cakap, paling penting adalah karekter diri sendiri dan bagaimana mengatasi tekanan," katanya.

PKNS FC juga tidak kurang hebatnya untuk melakar sejarah dalam penubuhan kelab mereka. Kapten PKNS, Shahrul Azhar Ture berkata ini merupakan peluang terbaik pasukannya untuk mencipta sejarah tersendiri bagi bakal muncul kelab pertama merangkul kejuaraan Piala FA.

"Semua pemain dalam keadaan moral yang baik, pemain sudah bersedia menghadapi final ini dengan motivasi yang cukup tinggi. Segalanya kerana kami ingin melakar sejarah untuk pasukan dan kami cuba mencipta kejutan dan berharap kali ni kami dapat melakukannya," katanya.

Bagi admin tidak mustahil PKNS mampu melakukan kejutan kalau dilihat bagaimana Pulau Pinang hampir mengaibkan JDT di laman sendiri dan begitu juga pastinya PKNS dan JDT akan memberikan persembahan yang menakjubkan sebagaimana yang di persembahkan Pulau Pinang semasa di Larkin.



No comments:

Post a Comment