})();

nuffnang

29 May 2016

Ratu Skuasy Negara Kandas Lagi

Datuk Nicol Ann David Kecewa Gagal Melangkah Ke Akhir Misi Buru kejuaraan Dunia Ke Tiga


Faktor usia di lihat membawa banyak kesan ke atas ratu skuasy negara Datuk Nicol apabila gagal menundukkan pemain yang enam tahun lebih muda, Raneem El Welily yang menggagalkan hasrat beliau dalam separuh akhir kejohanan skuasy Siri Dunia Akhir PSA di Burj Park, Dubai semalam.
Kalah dengan 5-11, 11-8, 8-11 kepada pemain no.3 dunia itu menyekat hasrat Nicol untuk merangkul kejuaraan ketiganya selepas muncul juara pada 2012 dan 2013.

Datuk Nicol yang kini berusia 33 tahun gagal mengatasi Raneem yang tidak pernah kalah sepanjang kejohanan ini memulakan kempen dengan kemenangan mudah 11-5 di set pertama.

Namun Nicol bangun pada set kedua memenangi dengan 11-8. Dalam set penentuan Datuk Nicol berjaya mendahului dengan 5-3 namun Raneem bertindak bermain dengan aggresif dan berjaya memintas lalu memenangi set penentuan itu dengan 11-8.

Datuk Nicol tetap bersikap positif walaupun tewas kepada Raneem dengan rekod pertemuan 25-5.
"Penonton menantikan satu pertarungan menarik dan saya fikir, kami memberikan apa yang mereka mahukan.

"Saya terpaksa berhempas pulas hingga tamat permainan kerana menentang Nicol tidak pernah mudah,"kata Raneem.

Dalam final nanti Raneem akan bertemu pemain nombor dua, Laura Massaro dari England yang mara ke final selepas menumpaskan juara dunia dua kali dari Mesir, Nour El Sherbini 12-10, 11-6 .
Perlawanan akhir dijadualkan hari ini.


No comments:

Post a Comment