})();

nuffnang

01 May 2016

Leicester City Gagal Di Old Trafford - Buka Peluang Buat Tottenham Hotspurs

Foxes Gagal Kutip 3 Mata  Berharga Untuk Merangkul Juara Liga Perdana Inggeris Tanpa Menunggu Lama Dalam Sejarah.


Pincang dengan ketiadaan Jamie Vardy Leicester City gagal manafaatkan perlawanan sebentar tadi sekadar seri 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford sebentar tadi.

Bermula dengan agak gementar membuatkan Leicester gagal meledakkan jaringan awal.
Bertandang ke tempat lawan dengan misi untuk menang bercita-cita merangkul kejuaraan pada petang ini gagal di terjemahkan oleh Foxes. Ketiadaan penyerang berbisa Jamie Vardy akibat di gantung satu perlawanan di lihat cukup memberi kesan kepada skuad kendalian Claudio Ranieri.

Bermula babak pertama Manchester United bermain dengan baik dan jarang melakukan kesilapan. Ini menyukarkan Leicester City membuat gerakkan menarik untuk menghasilkan gol. 

Kedua-dua pasukan bertarung habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan. Manchester United perlukan kemenangan untuk layak ke Liga Juara-Juara dan mereka ketinggalan 4 mata berada pada ranking kelima di belakang Manchester City dan berbaki tiga perlawanan lagi.

Manakala The Foxes terpaksa melupakan seketika untuk meraikan detik sejarah dalam penubuhan kelab mereka dan bergantung ke atas perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea esok di Stamford Bridge. Jika Spurs gagal menewaskan The Blues maka The Foxes akan dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris musim 2015/16.


Beribu-ribu penyokong Leicester City yang berada di luar stadium selepas perlawanan tadi melahirkan rasa kesyukuran di atas kegagalan Manchester United menewaskan mereka. 

Pengurus Manchester United, Louis van Gall hampir-hampir mengucapkan tahniah buat rakan sejawatnya Claudio Raineri sejurus selepas wisel penamat ditiupkan. Manakala penyokong tuan rumah tidak berganjak dari tempat duduk sambil berdiri melambai ke arah pemain Leicester sambil mengucapkan tahniah. Merupakan sesuatu yang amat mengejutkan tentang perasaan dan sikap muhibbah dan sejarah dalam bola sepak Inggeris.

Kini segalanya akan tertumpu di Stamford Bridge pada hari Isnin waktu tempatan dan Selasa waktu Malaysia menyaksikan penentuan samada Tottenham Hotspurs mampu atau tidak menewaskan Chelsea. Namun perkara itu tidak membimbangkan Leicester City kerana mereka berazam menewaskan Everton di King Stadium nanti seterusnya menjadi juara jika Spurs berjaya menewaskan The Blues.

Sama-sama kita nantikan perlawanan yang mendapat liputan meluas dalam sejarah sukan bola sepak dunia...The Foxes Will Made World History.





English Barclays Premier League

PosTeamPPts
1LeicesterLeicester3677
2TottenhamTottenham3569
3ArsenalArsenal3667
4Man CityMan City3664
5Man UtdMan Utd3560
6West HamWest Ham3559
7SouthamptonSouthampton3657
8LiverpoolLiverpool3555
9StokeStoke3648
10ChelseaChelsea3447
11EvertonEverton3544
12WatfordWatford3544
13SwanseaSwansea3643
14West BromWest Brom3641
15BournemouthBournemouth3641
16Crystal PalaceCrystal Palace3639
17NewcastleNewcastle3633
18SunderlandSunderland3532
19NorwichNorwich3531
20Aston VillaAston Villa3616

No comments:

Post a Comment