Misi Robohkan Tembok Besar China Dalam Usaha Menang Pingat Emas Badminton Olimpik Rio 2016
Rakyat Malaysia masih punya harapan dan cita-cita untuk melihat lagu Negara Ku dimainkan di Podium dalam sukan terbesar Rio, Brazil. Tumpuan seluruh rakyat Malaysia kini terarah kepada 3 duta kecil yang membawa impian besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Misi yang dinamakan " Misi Meroboh Tembok China " tertulis di setiap dada-dada akhbar bagi menyuntik semangat jitu buat atlet negara iaitu gandingan beregu badminton Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei yang akan menjadi sandaran dan peluang terakhir untuk Malaysia mengutip pingat emas sekaligus mengakhiri badi 52 tahun negara tanpa emas.
Percubaan pertama menerusi Goh Liu Ying-Chan Peng Soon gagal mendapat emas namun kita amat bangga walaupun sekadar perak dan melakar sejarah bagi regu campuran sejak 24 tahun sukan badminton diperkenalkan dalam Olimpik ini kali pertama kita melangkah ke final.
Kem badminton negara masih punya harapan dan mendapat satu peluang lagi bagi menukar pingat perak kepada emas apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Keong akan turun menentang Fu Haifeng-Zhang Nan wakil China di pentas akhir beregu lelaki esok.
Pasangan beregu China itu yang berada dalam rangking no. 4 dunia ditewaskan oleh regu Malaysia dalam peringkat kumpulan dan ini menambahkan lagi keyakinan kita untuk terus mengorak langkah menggapai emas namun sikap terlalu yakin amat berbahaya dan mungkin memakan diri.
Ketua Jurulatih beregu negara Jeremy Gan kepada V Shem-Wee Kiong agar berhati-hati dengan taktik dan strategi baharu Haifeng-Zhang Nan dalam penentuan pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 pada Jumaat ini ( malam Malaysia ).
Pastinya Haifeng-Zhang Nan tidak akan menggunakan strategi yang sama sewaktu perlawanan peringkat kumpulan baru-baru ini yang menyaksikan beregu China itu tewas 21-16,15-21,18-21.
Justeru itu beregu Malaysia tidak boleh dibuai mimpi dengan kemenangan peringkat awal itu kerana pentas akhir cukup berbeza kata Jeremy.
Jeremy turut menasihatkan anak buahnya agar tidak sekadar berpuas hati dengan pingat perak sebaliknya mahukan pasangan Malaysia berjuang habis-habisan kerana kedua-duanya mempunyai peluang meraih emas.
Manakala pemain no. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei tidak mahu sejarah lampau tewas dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini menghantuinya, sebaliknya beliau mahu fokus perlawanan ini untuk memberi aksi terbaik dalam sejarah kariernya.
Chong Wei berkata yang dia akan merehatkan minda serta mengosongkan sejarah silam dan akan mempersiapkan mental untuk menerima apa sahaja keputusannya nanti.
Namun tegasnya, untuk menyerah kalah dengan mudah bukan caranya dan merupakan satu kerugian yang besar kerana Rio 2016 adalah temasya Olimpik terakhirnya.
"Semua rakyat Malaysia mengharapkan pingat emas Olimpik daripada saya, harapan yang cukup tinggi menggunung. Saya tidak mampu untuk meramalkan keputusannya nanti.
"Apa yang mampu saya katakan, saya memang menikmati Rio 2016, bagi saya kalah menang, saya tetap menerima dengan hati terbuka sebab pihak lawan bermain dengan lebih bagus.
"Akan tetapi ini adalah Olimpik terakhir saya dan pastinya saya akan terus berlawan dan berjuang terus berjuang hingga keakhirnya, untuk menyerah kalah bukan satu pilihan," katanya.
Datuk Lee Chong Wei juga menyifatkan pertandingan dalam Olimpik adalah 'lebih mudah' berbanding Kejohanan Super Series Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tapi mengakui mental dan fizikal lebih mencabar.
"Saya akan terus fokus dan tidak akan memberi ruang kepada pihak lawan dan kesilapan," katanya.
Admin berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan penuh buat wakil kita untuk melakar sejarah dalam badminton Malaysia dengan membawa pulang pingat emas, Insha Allah. AMIN
DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERLAJAR BERNIAGA DI UPTOWN DAN PASAR MALAM DENGAN HANYA MODAL YANG MINIMA.
No comments:
Post a Comment