})();

nuffnang

06 August 2016

Aksi Pulau Pinang Vs Sarawak Malam Nanti 6 Ogos 2016

Khas Buat Anda Preview Perlawanan Harimau Kumbang Lawan Bujang Senang Di Sarawak Malam Nanti Aksi Liga Super Perlawanan Ke-17

Nota : Kredit Buat Sahabat FB Admin

PREVIEW PERLAWANAN: SARAWAK Vs PULAU PINANG

PENGENALAN

Ini adalah perlawanan yang menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan kebangkitan yang menakjubkan pada pusingan kedua Liga Super. Jika dilihat kembali kepada keputusan di pusingan pertama Liga Super, Pulau Pinang tewas mengejut 2-1 di laman sendiri hasil jaringan minit akhir oleh Partiban (m-93). Perlawanan malam esok sudah pasti akan menarik ribuan penyokong setia pasukan Sarawak. Kedua-dua pasukan tampak berada pada prestasi yang terbaik.

REKOD 13 PERTEMUAN TERAKHIR

Sarawak menang: 6 perlawanan (46%)
Pulau Pinang menang: 6 perlawanan (46%)
Seri: 1 perlawanan (8%)

FAKTA KEDUA-DUA PASUKAN

1. Pasukan Pulau Pinang belum tewas lagi dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super. Mereka mencatatkan 2 kemenangan ke atas Kedah dan T-Team dan 3 seri dengan Top 3 of Super League iaitu JDT, Selangor dan Felda United.

2. Pasukan Sarawak menghuni tangga ke-8 dan pasukan Pulau Pinang menghuni tangga ke-11 Liga Super.

3. Pemain import dari Korea Selatan iaitu Jeong Seok Min berada pada prestasi terbaik di mana beliau sudah meledak 5 jaringan dalam 4 perlawanan bersama Pulau Pinang.

4. Dalam 13 perlawanan terakhir di antara Sarawak dan Pulau Pinang (head-to-head), taburan nampak seimbang di mana kedua-dua pasukan masing-masing mencatatkan 6 kemenangan dan 1 keputusan seri.

5. 19 gol dari keseluruhan 24 gol yang dijaringkan oleh pasukan Sarawak adalah hanya dari 3 pemain import iaitu Makeche (8 gol), Gilmar (6 gol) dan Juninho (5 gol)

6. Dalam ke semua 16 perlawanan yang dilalui Penang, mereka tidak mampu untuk mencatatkan "clean sheet".

7. Di dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super tahun ini, Sarawak menang 3 perlawanan dan tewas 2 perlawanan. Manakala pasukan Pulau Pinang pula menang 2 perlawanan dan seri 3 perlawanan.

8. Pasukan Sarawak adalah pasukan ketiga yang bolos paling banyak dalam Liga Super dengan melepasi 30 gol dalam 16 perlawanan.

PEMAIN TUMPUAN

Pulau Pinang: Seok Min, Fitri Omar, Kumaahran, Cordoba
Sarawak: Makeche, Gilmar, Juninho, Azwari

KEKUATAN PASUKAN

Pulau Pinang

1. Gandingan Seok Min dan Matias Jesus Cordoba dalam 4 perlawanan yang dilalui amat baik sekali.

2. Permainan “short-pass” yang baik dan efisien.

3. Memiliki 2 pemain muda di bahagian sayap yang laju dan mantap dalam melancarkan counter attack iaitu Faizat Ghazli di sebelah kanan dan pemain kebangsaan Kumaahran di sayap kiri.

4. Pasangan pemain pertahanan tengah yang baru digandingkan iaitu Lobo dan Farisham mempunyai duels dan interceptions capability yang baik.

5. Pemain pertahanan mantap dalam duel di udara.

6. Memiliki extra goalscorer selain penyerang utama. Ke semua pemain mampu menjaringkan gol.

7. Banyak melancarkan serangan dari bahagian tengah (Matias & Seok Min) dan juga sayap kanan dan kiri (Faizat & Kumaahran).

Sarawak

1. Pasukan biasa mengadaptasi sistem box-to-box play yang aktif sejak kemasukan jurulatih David Usop.

2. Memiliki pemain tengah yang sangat kreatif iaitu pemain kebangsaan Timor Leste, Junior Aparecido.

3. Beberapa pemain seperti Syahrul Azwari dan Junior Aparecido cenderung melakukan cubaan jarak jauh.

4. Kerap mencipta peluang melalui through passes yang mantap yang disudahkan Ndumba Makeche.

5. Memberi ancaman dari sepakan penjuru dan juga situasi bola mati .

6. Bermain interchange yang agak baik.

7. Pemain penyerang seperti Makeche dan Gilmar gemar mengatasi perangkap offside lawan.

KELEMAHAN PASUKAN

Pulau Pinang

1. barisan pemain sangat mudah untuk melepaskan gol selepas mendahului pihak lawan.

2. beberapa pemain muda agak mudah hilang fokus.

3. banyak melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti yang membawa peluang kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol melalui sepakan percuma .

4. di dalam box, organisasi pertahanan mudah panik bila diserang di byline half-space.

5. sangat lemah untuk melakukan clean sheet (16 perlawanan tanpa clean sheet).

6. Beberapa pemain agak kerap melakukan individual errors yang membawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan.

7. Terdapat beberapa pemain yang "agresif tidak bertempat" dan berpontensi mendapat kad disiplin.

8. Penyerang Ranti Martins sangat lemah dalam mengawal pergerakan dan acapkali terperangkap off-side (21 off-side dalam 3 perlawanan terakhir di Stadium Bandaraya).

Sarawak

1. Cenderung untuk bolos apabila ditekan dan diserang bertubi-tubi.

2. Mempunyai masalah untuk bertahan secara efektif bila berdepan pemain yang speedy di bahagian sayap.

3. Para pemain sangat gemar untuk tiba-tiba bertahan selepas mendapat gol pendahuluan.

4. Barisan pemain pertahanan agak lemah dalam mengeluarkan hantaran lintang dari kiri dan kanan pemain lawan.

5. Individual errors yang sangat kritikal daripada beberapa pemain yang membawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan.

6. Kerapkali melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti.

7. Loss marking bila berdepan pemain attacking midfield dan centre forward yang laju dan skillful .

8. Pemain mudah hilang fokus, lose duel dan lose tackle dan teknik pressuring yang agak average.

KESEBELASAN KEMUNGKINAN

Pulau Pinang: Sani, Mazlizam, Lobo, Farisham, Rafiuddin, Mafry, Fitri, Kumaahran, Seok Min, Matias, Martins

Sarawak: Iqbal Suhaimi, Thanaraj, Riduwan Maon, Ndumba Makeche, Hairol Mokhtar, Syahrul Azwari, Junior Aparecido, Shreen Tambi, Teah Dennis, Gilmar Filho, Tommy Mawat

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN RESIPI SUP GEARBOX ANDA DISINI SEGERA


Nota: Pic Adalah Lakaran Fan Sarawak....Doakan Penang Menang.

No comments:

Post a Comment