})();

nuffnang

05 August 2016

Harimau Kumbang Yakin Mampu Berada Tempat Tujuh Teratas

Berdasarkan Prestasi Mantap Pusingan Kedua Harimau Kumbang Punya Keyakinan Tinggi.


Dilihat dari prestasi Harimau Kumbang yang belum tewas dalam pusingan kedua saingan Liga Super membuatkan ketua Jurulatihnya Nenad Bacina cukup optimis dan amat yakin mereka mampu menamatkan musim ini dalam kelompok tujuh pasukan terbaik.

Walaupun sedar  bukan mudah untuk Pulau Pinang mengejar misi itu, tapi Bacina berkata, mereka akan terus memberi saingan dan akan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam baki perlawanan yang ada.

"Kami sedar yang Pulau Pinang berada dalam dalam senarai tercorot kedudukan liga yang amat berbahaya, pun begitu sebarang kesilapan perlu dielakan oleh setiap pemain.

"Percubaan mengasak ke gawang lawan perlu ditingkatkan demi mencari peluang dan ruang terbaik untuk memastikan Pulau Pinang tidak tersungkur lagi ketika beraksi," katanya.

Pulau Pinang harus di beri pujian apabila berjaya mengekang asakkan Johor Darul Takzim rabu lepas dalam misi mereka memburu tiga mata. Pertahanan Pulau Pinang yang cukup jitu gandingan Lobo dan Mafry Balang membuatkan Juan Martin Lucero buntu mencari gol tambahan. Malah Pulau Pinang nyaris menewaskan JDT di Stadium Keramat Bandaraya apabila cubaan yang dilakukan Pulau Pinang sekadar menggegarkan palang dan dinafikan Mohd Izham Tarmizi penjaga gawang JDT.

Sabtu ini Pulau Pinang akan bertandang ke Kuching, Sarawak untuk perlawanan ke-17 dan misi membalas dendam apabila tewas 1-2 di Pulau Pinang pada aksi pertama.
Segala sandaran dan harapan penyokong Pulau Pinang diletakan ke bahu kesebelasan utama pemain sabtu nanti. Semoga Pulau Pinang mampu menewaskan Sarawak dan terus melonjak semula dicarta Liga Super.

Sama-sama kita doakan agar ianya menjadi kenyataan.