})();

nuffnang

08 August 2016

Pulau Pinang Mengganas Di Sarawak

Harimau Kumbang Semakin Hari Semakin Mengancam, Keluarkan Taring Lemaskan Bujang Senang Di Laman Sendiri

Mee Kolok Pembuka Selera, Hariaaa Penang 

Hariaaaaa

Pemain dan peminat Pulau Pinang harus ada 

dua sebab untuk gembira dengan kemenangan

 selesa 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri,

 Kuching. Pertama, tiga mata yang dibawa 

pulang menyeberangi Laut China Selatan 

akhirnya meletakkan skuad Harimau Kumbang

 pertama kali keluar daripada zon penyingkiran

 Liga Super semenjak pusingan kedua liga. 


Kedua, setelah sekian lama menanti, Pulau 

Pinang berjaya menamatkan permainan tanpa 

sebarang dibolosi pada musim ini.


Perasaan sama turut dikongsi oleh pengendali

 Pulau Pinang, Nenad Bacina, yang cukup puas

 kerana pasukannya beraksi dengan cemerlang

 sebagai satu pasukan dalam aspek bertahan.


“Banyak aspek saya mahu perkatakan pada 

malam ini, tetapi aspek paling penting ialah kita 

menamatkan permainan hari ini tanpa bolos. Ini

 kali pertama pasukan berjaya lakukan 

sedemikian, saya mahu ucapkan tahniah 

kepada pemain-pemain.


Bukan mudah mahu bermain di Sarawak buat 

mana-mana pasukan, termasuk pasukan besar 

seperti JDT, banyak pasukan terpaksa bergelut

 dapatkan mata. Mungkin lebih banyak gol kami

 boleh jaringkan namun dalam masa sama, 

pemain berjaya bertahan sebagai satu unit 

dengan penuh disiplin serta terancang.. tahniah

 kepada semua pemain,” katanya.


Kemenangan bermakna di Kuching tidak 

buatkan jurulatih dari Croatia itu mendabik 

dada bahawa Pulau Pinang sudah mampu 

selamatkan diri daripada zon penyingkiran. 

Sebaliknya, perjuangan masih jauh buat 

Harimau Kumbang kerana masih ada lima 

perlawanan terutama aksi sukar menentang 

Kelantan di Stadium Bandaraya, 16 Ogos ini.


“Memang saya gembira kerana menang di sini 

serta naik beberapa anak tangga di dalam carta 

liga tetapi kami belum selamat sepenuhnya 

kerana secara matematiknya, apa-apa boleh 

terjadi.


Kami mungkin boleh berada dalam kalangan 

empat pasukan teratas tetapi dalam masa 

sama, menamatkan saingan liga musim ini di 

kedudukan dua terakhir. Jadi, dalam satu atau 

dua hari ini, pemain berhak untuk raikan 

kemenangan ini namun bermula minggu depan,

 kami kena mula buat perancangan bertemu 

Kelantan,”katanya.


Dua pemain muda Pulau Pinang, Mohd.Faizat 

Ghazlidan S. Kumaahran meledak dua jaringan

 penting pada minit 14 dan 83 dalam aksi di 

atas padang yang basah bagi memastikan 

obor perjuangan kekal Liga Super terus 

bernyala. Kemenangan itu juga bukan sahaja 

yang keempat buat Pulau Pinang malahan 

mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam 

perlawanan.


DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN JUGA RESIPI SUP GEARBOX UNTUK ANDA DISINI SEGERA

No comments:

Post a Comment