The Red Devils Beli Pemain Tengah Perancis, Pogba Dengan Yuran RM469.7 Juta.
Jose Mourinho menyatakan kebanggaan
kelabnya, Manchester United mendapat
khidmat Paul Pogba hampir tercapai dengan
rekod perpindahan rekod dunia yang
mencecah £89 Juta (RM469.7 juta).
Pogba 23 tahun akan melengkapkan
perpindahan ke Old Trafford selepas United
dan Juventus mengesahkan pemain itu
sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.
Yuran perpindahan itu akan menjadikan
pemain tengah Perancis itu sebagai pemain
paling mahal dunia dan Mourinho juga
mengaku ianya bukan jumlah yang kecil,
namun ia sebagai petanda kesungguhan The
Red Devils mendapat khidmat Pogba.
"Saya tidak fikir Real Madrid akan terkejut
kerana sebelum ini mereka memecahkan
rekod dengan membawa masuk Gareth Bale
dan Cristiano Ronaldo," kata Mourinho selepas
MU menewaskan Leicester City 2-1 dalam
aksi pembuka tirai Perisai Komuniti di
Wembley.
"Apabila ada orang memecah rekod, tidak ada
sebab untuk kita bersedih. Bagi saya kita patut
berbangga dengan kemampuan diri sendiri
berbuat demikian.
"Jika anda rasa saya akan mengatakanya
jumlah yang banyak, bagi saya bolasepak
adalah gila dan pasaran adalah gila kini akan
tetapi apa yang anda fikirkan gila itu tidak akan
menjadi gila dalam tempoh tiga tahun lagi.
"Ada pemain baru yang bernilai 10 juta tapi
sudah anggap sebagai terlalu mahal. Ada juga
pemain yang bernilai 500,000 atau sejuta. Apa
yang mahal dalam bolasepak saya sendiri pun
tidak tahu.
"Apa yang saya tahu, dia adalah pemain yang
hebat dan sudah tentu amat penting untuk
kelab besar seperti Man United."
Mourinho menyatakan kebanggaan yang amat
sangat apabila berjaya membawa masuk
pertahanan Ivory Coast Erick Bailly, tonggak
Armenia Henrikh Mkhitaryan dan bintang
Sweden Zlatan Ibrahimovic.
Segalanya amat membanggakan buat sebuah
kelab bolasepak yang cukup ternama itu.
INGIN BERNIAGA DIUPTOWN DAN PASAR MALAM, KAMI SEDIAKAN EBOOK PANDUAN UNTUK ANDA DISINI
No comments:
Post a Comment