})();

nuffnang

24 August 2016

Henrikh Mkhitaryan Pembelian Musim Panas Manchester United

Pemain Sayap Borussia Dortmund Ke Liga Perdana Inggeris Musim 2016/17 Henrikh Mkhitaryan


Kelab gergasi dunia Manchester United membuat pelaburan yang cukup tinggi demi mendapatkan pemain yang pihak pengurusan rasakan mampu melonjak prestasi The Red Devil itu ke persada kancah bolasepak setelah merudum musim lalu.

Pemain yang akan kita bicarakan adalah dari Armenia dan pernah menyarung jersi Borussia Dortmund, Shakhtar Donetsk, Metalurh Donetsk dan Pyunik. Kini Beliau beralih ke Liga Perdana Inggeris.

Henrikh Mkhitaryan berusia 27 tahun dan berasal dari Armenia bermain di posisi tengah/sayap.

Mkhitaryan lahir dalam sebuah keluarga yang berkait rapat dengan sukan bola sepak. Bapa beliau, Hamlet Mkhitaryan merupakan bekas pemain kebangsaan Armenia. Ibunya, Marina bekerja di Armenia FA manakala kakaknya, Minica bekerja untuk UEFA.

Mkhitaryan merupakan salah seorang pemain tengah dan penyerang terbaik di Eropah pada musim lalu. Berjaya meledakkan 23 gol untuk BVB.

Amat fasih dalam beberapa bahasa seperti Inggeris, Armenia, Rusia, Portugis, Jerman dan Perancis.
Beliau pernah menggelar Jurgen Klopp sebagai ' orang bolasepak yang gila ' selepas Jurulatih warga Jerman itu meninggalkan BVB dan turut menempelak taktikal diguna pakai jurulatih itu.

Disebabkan prestasi yang cukup cemerlang bersama Dortmund musim lalu menyaksikan angka penialaian Mkhitaryan untuk tiga kategori dalam kad FIFA Ultimate Team ( FUT ) telah ditambah baik. Beliau turut dinilai 90 mata untuk kad Pasukan Terbaik Musim.

Pernah menyandang sebagai Kapten dalam skuad senior dan memegang status sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 19 gol. Beliau juga merupakan pemain Armenia pertama yang menjaringkan hatrik di peringkat antarabangsa. Malah beliau turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Armenia sebanyak lima kali.

Musim lalu bersama Dortmund beliau adalah orang yang paling banyak mencatatkan hantaran gol di divisyen teratas Jerman. Ini menyaksikan Mkhitaryan dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan Bundesliga 2015/16.

" Henrikh adalah pemain berpasukan sebenar yang mempunyai kemahiran hebat, visi dan boleh menjaringkan gol. Pastinya dia akan membuat impak segera di Liga Perdana kerana dia amat berbakat!"- dipetik dari kata-kata Mourinho.

Henrikh Mkhitaryan amat gemar memintas pemain lawan dengan larian yang cukup laju, malah beliau sendiri mengakuinya mungkin menjadi seorang pelari pecut jika gagal dalam sukan bola sepak.





No comments:

Post a Comment