Perak Bangkit Tewaskan Pulau Pinang Perlawanan Liga Super Ke-19
Pulau Pinang berkunjung ke Stadium Perak
dengan misi dan visi yang cukup besar untuk
membawa pulang tiga mata berharga pada
saingan Liga Super perlawanan ke-19 malam
tadi dalam usaha untuk mengelak dari berada
dalam senarai zon penyingkiran.
Berkongsi 18 mata bersama Sarawak dan
Terengganu dengan kelebihan jaringan skuad
Harimau Kumbang menghuni tangga ke-9
sebelum perlawanan bermula.
Percaturan Nenad Bacina menurunkan
kesebelasan utama yang dirasakan mampu
mengutip mata penuh atau sekurang-
kurangnya 1 mata gagal apabila Perak berjaya
menundukan Pulau Pinang dengan mudah 4-1.
Kemenangan itu sekaligus mengukuhkan
kedudukan Perak di tangga keenam liga
dengan mengumpul 24 mata.
Bermulanya babak awal perlawanan, Pulau
Pinang bermula cukup garang mengasak kubu
lawan dengan sokongan 400 peminat yang
hadir ke Stadium Perak menyuntik semangat
juang mereka. Namun ketumpulan jentera
serangan tidak mampu memberi impak yang
tinggi pada penjaga gawang Perak.
Tersentak dengan serangan pantas Pulau
Pinang, The Bos Gaurus mengatur serangan
demi serangan melalui pemain import Oybek
Kilichev dan Elias Fernandes De Oliveira
namun masing-masing gagal menemui
penyudah.
Giliran pelawat pula mengatur serangan
bertubi-tubi melalui kapten Matias Jesus
Cordoba dengan beberapa percubaan tetapi
berjaya dinafikan penjaga gawang Perak.
Gol pertama Perak hadir pada minit ke-27
melalui rembatan kencang dari luar kotak
penalti oleh D Kenny Pallraj selepas kegagalan
pertahanan Pulau Pinang mengeluarkan bola
hantaran lintang Elias Fernandes.
Selepas memperolehi gol pertama, anak-anak
buah Karl Heinz Weigang semakin
bersemangat untuk menambahkan gol. Pada
minit ke-39 Mohamad Fazrul Hazli berjaya
merembat gol kontroversi apabila penjaga
garisan Mohd Shahreen Che Omar menafikan
gol tersebut dengan mendakwa ianya telah
pun ofside.
Perlawanan terhenti seketika apabila pengadil
Teoh Hee Loon membenarkan jaringan
tersebut namun di bantah keras oleh pemain
Pulau Pinang akan tetapi pengadil dengan
tegas tetap memberikan gol kepada Perak
dengan 2-0.
Tamat babak pertama Perak mendahului
dengan 2-0. Bermulanya babak kedua
permainan pasukan tuan rumah terus bermula
garang mengasak ke kubu Pulau Pinang
namun gagal disempurnakan oleh jentera
serangan mereka.
selepas itu dengan melancarkan serangan-
serangan pantas dan berlaku sedikit kekasaran
dalam kotak penalti Perak apabila Jung Seok
Min dijatuhkan oleh pertahanan Perak. Pulau
Pinang dihadiahkan sepakan penalti dan
berjaya disempurnakan oleh pemain import
Soleye Ranti Martins pada minit ke-56 dan
menjadikan kedudukan 2-1.
Pemain tuan rumah yang dibarisi pemain
muda mulai menggandakan serangan bertali
arus ke kubu Pulau Pinang. Kubu pelawat
dilihat terlampau ampuh dan cukup mudah
dibolosi oleh lawan . Gol ketiga Perak
diperolehi pada minit ke-69 melalui jaringan
mudah oleh Muhammad Ridzuan Azly.
Pulau Pinang kerap melancarkan serangan dan
berjaya melepasi barisan tengah Perak namun
penyudahnya gagal diterjemahkan oleh
penyerang Ranti Martins dan beliau dilihat
gagal mengawal bola serta hanya berlegar-
legar di dalam padang. Beliau tidak mampu
untuk memberi impak atau kesan apabila
serangan dilakukan.
Benteng pertahanan Pulau Pinang yang terlalu
ampuh apabila ketiadaan pemain Import
Reinaldo Lobo amat dirasai apabila
pertahanan yang ada gagal menyekat
kemaraan jentera serangan Perak yang lebih
bersemangat dan akibatnya gol Pulau Pinang
dibolosi lagi pada minit ke-81 juga melalui
jaringan mudah oleh Elias Fernandes. Tamat
perlawanan Perak 4 - 1 Pulau Pinang.
amat mendukacitakan Peminat Pulau Pinang
dan bantahan demi bantahan disuarakan
mereka. Sepatutnya apabila penjaga garisan
mengatakan ofsaid maka pengadil harus
menerima keputusan itu kerana penjaga
garisan lebih arif pada kedudukan posisi
beliau. Keadaan dan keputusan itu sedikit
sebanyak memberi impak dan kesan terhadap
permainan Pulau Pinang selepas itu.
Menang atau kalah sememangnya adat
perlawanan namun mutu pengadilan haruslah
berkualiti agar bolasepak kita dihormati dan
disegani.
Barisan pertahanan Pulau Pinang juga dilihat
cukup ampuh dan terlalu mudah di bolosi
apabila ketiadaan Lobo, seorang pemain
import posisi pertahanan yang cukup hebat
dan kebal. Khidmat beliau ternyata amat
diperlukan oleh Harimau Kumbang. Tanpa
Lobo akan menyebabkan Pulau Pinang
semakin parah.
Ranti Martins boleh dikatakan langsung tidak
memberikan sebarang kesan pada posisi
serangan, kelibat beliau hanya dilihat sekadar
berlegar-legar di tengah padang dan admin
berani komen sebab sudah 4 perlawanan
beliau gagal menjadi seorang " striker " yang
mampu menghasilkan gol dan mungkin satu
atau dua gol berjaya juga beliau hasilkan.
Selepas perlawanan ke-19, Pulau Pinang
kembali menghuni di tangga ke-11 iaitu berada
dalam zon kritikal yakni zon penyingkiran
dengan 18 mata dan Pahang tercorot dengan
14 mata.
Berbaki tiga perlawanan lagi, Nenad Bacina
perlu melakukan sesuatu dan admin sifatkan
perlawanan maut buat Pulau Pinang serta
wajib menang kesemua perlawanan itu nanti
untuk menentang PDRM, Pahang dan
Terengganu. Dua Perlawanan di Stadium
Bandaraya dan satu perlawanan di Kuantan,
Pahang.
Mampu atau tidak admin tidak berani
membuat andaian kerana prestasi Pulau
Pinang amat sukar di duga.
Boleh diibaratkan situasi Pulau Pinang kini
sama seperti tahun 2015 semasa berada pada
dua perlawanan terakhir dalam Liga Perdana.
Pulau Pinang terpaksa bergelut pada saat-saat
akhir untuk menapak ke Liga Super. Musim ini
juga sama, Pulau Pinang terpaksa bergelut
untuk kekal dalam saingan Liga Super musim
depan pada baki perlawanan yang ada.
Peminat Pulau Pinang tidak harus disalahkan
jika mereka sekadar meluahkan perasaan yang
terbuku pada mutu persembahan bola sepak
skuad Harimau Kumbang. Luahan hati mereka
tidak bermaksud mereka membenci akan
tetapi ia lebih kepada sayangkan skuad " The
Panthers " untuk kekal berada di Liga Super
musim depan.
No comments:
Post a Comment