Sejarah Bolasepak Negara Sudah Tertubuh Sejak Zaman Kolonial Lagi Dan Ianya Bukan Baru Di Malaysia
SEJARAH BAGAIMANA PIALA HMS MALAYA BERMULA PADA TAHUN 1921
Sedar tidak sedar, sudah hampir seabad Piala
Malaysia berlangsung.
95 tahun lepas pada 20 Ogos 1921,
perlawanan Selangor vs Pulau Pinang di
padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka)
menandakan bermulanya kejohanan Piala
HMS Malaya yang julung-julung kali dianjurkan.
Penduduk Tanah Melayu pada ketika itu
mungkin tidak menyedari betapa besarnya
magnitud kesan kejohanan bola sepak ini
kepada budaya sukan rakyat Malaysia dan
Singapura.
95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula,
bola sepak kekal sukan nombor satu di
Malaysia dan Singapura.
95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula,
gelaran juara piala ini masih menjadi rebutan
pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia.
95 tahun selepas Piala HMS Malaya bermula,
peminat-peminat bola sepak Malaysia (malah
Singapura juga) masih berbangga dengan
rekod pasukan sokongan mereka dalam
kejohanan ini.
Apa itu HMS Malaya?
Bercakap mengenai Piala HMS Malaya, tak
lengkap jika kita tidak mengetahui asal-usul
nama ‘HMS Malaya’ itu sendiri.
Pada November 1912, kerajaan pusat British
meluluskan bajet sebanyak 2 juta pound
sterling untuk membina sebuah kapal perang
berperisai yang kemudiannya dinamakan His
Majesty’s Ship (HMS) Malaya.
Sejurus selepas siap pembinaannya pada
1915, HMS Malaya menyertai armada British
royal Navy di Scapa Flow, Scotland pada 1916.
Apabila Perang Dunia Pertama meletus, HMS
Malaya bertempur dalam Battle of Jutland
menentang tentera laut Jerman.
Kali pertama HMS Malaya berada di perairan
Malaya adalah di Pelabuhan Swettenham (kini
Pelabuhan Klang) pada Januari 1921.
Ketika HMS Malaya berlabuh selama 10 hari di
Pelabuhan Swettenham, anak-anak kapalnya
menganjurkan perlawanan ragbi, bola sepak
dan kriket dengan penduduk tempatan.
Selain Klang, HMS turut singgah di Singapura,
Melaka, Pulau Pinang dan Port Dickson.
Bagaimana Piala HMS Malaya bermula?
Sejurus selepas berangkat pulang dari
persinggahan di beberapa pelabuhan Tanah
Melayu, komander HMS Malaya, Kapten HT
Butler telah menghantar satu telegram kepada
Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Sir William G. Maxwell.
Berikut merupakan mesej telegramnya:
Seperti yang diberitahu dalam telegramnya,
Kapten HT Butler begitu terharu dengan
layanan istimewa penduduk Tanah Melayu
terhadap anak-anak kapal HMS Malaya.
Sebagai balasan, beliau dan anak kapal HMS
Malaya mengambil keputusan untuk
menghadiahkan 2 buah trofi untuk dijadikan
hadiah pertandingan sukan ragbi dan bola
sepak di:
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor,
Perak, Negeri Sembilan, Pahang)Negeri-negeri
Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Akhbar The Straits Times bertarikh 22
Disember 1921 menjelaskan dengan terperinci
bagaimana rupa bentuk asal Piala HMS
Malaya pemberian kru kapal HMS Malaya:
Sumber: adelinelau.wordpress.com
Selangor vs Pulau Pinang: perlawanan
pertama Piala HMS Malaya 1921
Edisi sulung Piala HMS Malaya yang diadakan
pada 1921 ini disertai oleh semua Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (kecuali Pahang) dan
Negeri-negeri Selat.
Ini bermakna sebanyak 6 negeri menyertai
edisi sulung Piala HMS Malaya – Selangor,
Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura.
Selangor, Perak dan Pulau Pinang dikumpulkan
dalam kumpulan Utara. Manakala Negeri
Sembilan, Melaka dan Singapura dalam
kumpulan Selatan. Juara setiap kumpulan
akan mara ke final.
Kumpulan Utara memulakan cabaran terlebih
dahulu.
Pada 20 Ogos 1921, Selangor melayan
kunjungan Pulau Pinang di padang Kelab
Selangor (kini Dataran Merdeka). Selangor
menang mudah 5-1.
Tidak banyak yang dilaporkan oleh akhbar-
akhbar tempatan mengenai perlawanan
pertama Piala HMS Malaya 1921 ini.
Akhbar The Straits Times sebagai contoh,
hanya memerlukan 77 patah perkataan untuk
melaporkan perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan bersejarah tersebut,
pasukan Selangor dibarisi oleh:
7 pemain berkulit putih yang rata-ratanya
merupakan ahli kelab kriket dan ragbi
Selangor3 pemain berbangsa Cina dari
Persatuan Bola Sepak Cina Selangor
danseorang penyerang berbangsa Eurasia.
Kapten Selangor, seorang lelaki kulit putih
bernama Huggins merupakan pemain bintang
ragbi Selangor. Manakala Rosario, penyerang
Selangor yang berbangsa Eurasia merupakan
pemain kriket Selangor.
Seperti Selangor, Pulau Pinang juga dibarisi
oleh beberapa pemain berkulit putih dan
berbangsa Cina.
Tetapi menjelang perlawanan kedua
menentang Perak, Pulau Pinang terpaksa
menarik diri kerana tak cukup pemain.
Selangor pula tiada masalah menewaskan
Perak 2-1 dalam perlawanan ke-2 kumpulan.
Dengan 2 kemenangan, Selangor layak ke final
selepas muncul juara kumpulan Utara.
Singapura: pasukan paling kuat dari Selatan
Sebagai salah sebuah koloni British paling
makmur, Singapura tiada masalah untuk
mengumpul 11 pemain.
7 hari selepas perlawanan kumpulan Utara
selesai, perlawanan kumpulan Selatan bermula
dengan Negeri Sembilan melayan kunjungan
Singapura di padang Kelab Negeri Sembilan,
Seremban.
Diperkuatkan dengan 10 pemain berkulit putih
(rata-ratanya dari anggota tentera, ahli-ahli
kelab ragbi dan kriket) dan 1 pemain
berbangsa Cina, Singapura tiada masalah
membelasah Negeri Sembilan 4-0.
Dalam perlawanan kedua, Singapura
menewaskan Melaka 2-0 untuk mara ke final
bertemu Selangor.
Final Piala HMS Malaya 1921: medan bermulanya permusuhan
Selepas menjuarai kumpulan masing-masing,
Selangor dan Singapura bertembung dalam
final Piala HMS yang sulung pada 1 Oktober
1921 di padang Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Menurut laporan akhbar The Straits Times
pada 3 Oktober 1921, perlawanan final
tersebut menarik minat penonton yang datang
dari Pulau Pinang, Perak, Seremban, Melaka
dan seluruh daerah di Selangor.
Kerajaan British hanya menyediakan 200
tempat duduk. Tetapi penonton memenuhi
padang sehingga terdapat 5-6 baris penonton
di setiap garis tepi padang!
Seawal pukul 3 petang, Jalan Raja sudah
dipenuhi ratusan kereta. Orang ramai mula
memanjat bangunan Pejabat Pos dan
bangunan sekretariat untuk mendapat
pemandangan yang bagus.
Sementara menunggu perlawanan yang
bermula pada pukul 5 petang, orang ramai
dihiburkan oleh persembahan kumpulan jazz
yang dipimpin oleh Leftenan Riches.
Beruntunglah penonton yang hadir. Mereka bakal menyaksikan titik permulaan
perseteruan bola sepak paling lama dalam
sejarah bola sepak Malaya.
Perlawanan sengit
Menarik untuk diperkatakan bahawa kedua-
dua pasukan diketuai oleh pemain ragbi
berkulit putih.
Kapten Selangor adalah Huggins dari Kelab
Ragbi Selangor. Manakala kapten Singapura
adalah Wheatley dari Kelab Ragbi Singapura.
Perlawanan final ini juga menampilkan pemain
berbangsa Melayu yang pertama iaitu Salleh,
half back Selangor yang terpaksa menjadi
bidan terjun menggantikan Martin yang tidak
dapat bermain.
Kedua-dua pasukan bermain dengan formasi
tipikal pada ketika itu, iaitu 2-3-5.
Perlawanan berlangsung seimbang.
Bagaimanapun Singapura terlebih dahulu
mendahului 1-0 beberapa minit sebelum rehat
separuh masa menerusi gol Jamieson, pemain
yang ‘diimport’ dari Kelab Kriket Selangor.
Ketinggalan 0-1, Selangor melancarkan siri
serangan bertubi-tubi.
The Straits Times melaporkan kelemahan
ketara Selangor di bahagian sayap kanan
menjadi punca mereka gagal menjaringkan gol
dengan lebih banyak.
Tetapi Selangor berjaya juga menyamakan
kedudukan 1-1 hasil jaringan Rozario,
penyerang Eurasian yang ‘diimport’ dari Kelab
Kriket Selangor.
Bagaimanapun Selangor gagal mengekalkan
momentum. 5 minit sebelum perlawanan
tamat, Moss dari Kelab Kriket Singapura
menjaringkan gol kemenangan.
Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam
(30 minit setiap separuh masa) berakhir
dengan kemenangan 2-1 kepada Singapura.
Cadangan memasukkan Negeri-negeri Melayu
Tak Bersekutu
Selepas tamatnya kempen Piala HMS Malaya,
Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Sir William G. Maxwell
menerima surat dari kapten baru kapal HMS
Malaya, Kapten MR Royds.
Dalam suratnya, Kapten MR Royds
mencadangkan agar Piala HMS Malaya pada
tahun hadapan penyertaan dari Negeri-negeri
Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan,
Perlis, Terengganu) dibenarkan.
Cadangan ini diterima.
Bermula musim 1922, Johor menjadi peserta
Piala HMS Malaya yang pertama dari Negeri-
negeri Melayu Tak Bersekutu.
Kesimpulan
95 tahun selepas Piala HMS Malaya (kini Piala
Malaysia) dianjurkan, prestijnya masih tak
pudar.
Dan melalui kejohanan inilah, perseteruan
Selangor dengan Singapura dalam bola sepak
lahir.
Kejohanan ini juga menjadi peringatan
bahawa
pada suatu masa dahulu, Tanah Melayu
merupakan antara tempat terawal bola sepak
berkembang di Asia.
Kini 95 tahun berlalu, mengapa tahap bola
sepak kita menggambarkan seolah-olah kita
baru bermain bola sepak?
DAPATKAN EBOOK BAGAIMANA UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG MENGUNTUNGKAN