})();

nuffnang

02 January 2013

FUFA Malaysia Iringi B-15 Negara Ke Separuh Akhir


PETALING JAYA - Frenz United (FUFA) Malaysia mara ke separuh akhir Piala Frenz Antarabangsa 2012 walaupun terikat 1-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang pasukan kebangsaan Bawah 15 tahun di sini, semalam.


Keputusan seri sudah cukup buat FUFA Malaysia untuk mengiringi Malaysia B-15 tahun ke saingan separuh akhir selepas mengumpul lima mata tatkala pasukan di tangga ketiga Slavia Praha pula sekadar memungut empat mata.

Bagaimanapun, Malaysia B-15 tahun berjaya berada di depan seawal minit kelima apabila berlaku keadaan kelam-kabut di dalam petak penalti FUFA Malaysia sebelum Muhammad Amirul Ashraf merembat masuk bola ke dalam gawang.


Tersentak dengan jaringan tersebut FUFA Malaysia mula melancarkan serangan bertubi-tubi dan akhirnya usaha mereka tercapai pada minit ke-21 apabila rembatan jauh Mohd. Shafiq Helmi dari luar petak penalti berjaya menewaskna penjaga gol, Mohd. Haziq Nazli.


Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun keputusan 1-1 kekal sehingga saingan separuh masa pertama berakhir.


Aksi separuh masa kedua memperlihatkan FUFA Malaysia berusaha untuk menambah jaringan dan mereka hampir melakukannya pada minit ke-49 dan 50, namun percubaan Mohammad Haziq Hossain dan Muhammad Amirul Aiman Yasman tersasar keluar.


Seminit kemudian giliran Malaysia pula membalas melakukan serangan larian pantas pemain gantian, Muhammad Najmuddin Samat berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan dan juga penjaga gol, Adam Zairi Fitri Zaini sebelum melorongkan kepada Amirul tetapi percubaan pemain itu berjaya dikeluarkan dari atas garisan gol.


Sementara itu, di Stadium INSPENS Bangi, Slavia Praha berjaya menewaskan Pilihan Incheon 3-1, namun kemenangan tersebut tidak membawa sebarang makna buat pasukan bawah 15 tahun dari Republik Czech itu kerana berada di tangga ketiga Kumpulan A. - Utusan

No comments:

Post a Comment